Home / politik / Zambry akan ditendang keluar, Pakatan Harapan bakal membentuk kerajaan di Perak?

Zambry akan ditendang keluar, Pakatan Harapan bakal membentuk kerajaan di Perak?

BN Perak Cukup Kerusi Bentuk Kerajaan – Zambry

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak yang kini mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri, akan memohon menyembah maklum dan mendapatkan perkenaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tiada parti yang bertanding memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri.

Beliau berkata BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR pula memperoleh 29 kerusi dan PAS memperoleh tiga kerusi.

“Bagaimanapun sukacita saya ingin memaklumkan bahawa BN telahpun mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Justeru, saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum akan kedudukan terkini dan mendapatkan perkenaan untuk membolehkan Kerajaan Negeri Perak bagi Penggal Ke-14 dibentuk sesuai dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Kenyataan Zambry itu dibaca oleh Pengarah Komunikasi dan Media Pejabat Menteri Besar Perak, Nizamuddin Mat Isa di sini malam ini.

“Pejabat Menteri Besar akan mengeluarkan kenyataan jika terdapat terdapat apa-apa maklumat terbaru mengenai perkara itu,” katanya lagi.

Sehingga kini, Perak tidak membentuk kerajaan negeri berikutan tiada mana-mana parti yang bertanding mendapat majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Dalam PRU14, 59 kerusi DUN yang dipertandingkan menyaksikan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) menang 29 kerusi manakala BN (27) dan PAS (tiga). – BERNAMA

ADUN BN Perak keluar parti, akan sokong Pakatan Harapan?

IPOH: Khabar angin bertiup kencang di Perak yang masih belum menubuhkan kerajaan sehingga kini apabila dikatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) akan keluar parti.

Individu tersebut dikatakan akan menyokong Pakatan Harapan sekaligus menggenapkan jumlah kerusi majoriti mudah, 30 kerusi yang diperlukan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri Perak.

Astro AWANI cuba menghubungi individu tersebut untuk mendaptkan penjelasan dan pengesahan, namun gagal.
Beliau dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan salah seorang pemimpin utama Pakatan Harapan Perak.

Selain itu, bapanya juga pernah menjadi orang kanan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, bapanya tidak mengumumkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara terbuka sehingga kini.

Pada petang Jumaat, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah meminta supaya kedua-dia pihak, BN dan Pakatan Harapan membawa majoriti ADUN sebagai bukti sokongan dalam membentuk kerajaan negeri.

Pemimpin BN dikatakan akan menghadap Sultan Nazrin pada sebelah pagi di Istana Kinta di sini sementara pemimpin Pakatan Harapan meminta supaya diberikan masa sehingga 2 petang, Sabtu.

BN yang kini memiliki 27 kerusi DUN memerlukan tiga lagi kerusi sementara Pakatan Harapan yang kini memiliki 29 kerusi hanya memerlukan satu sahaja lagi ADUN menyokong.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!