Home / kisah rumah tangga / waktu bersama bini ‘atas katil’ pun aku masih teringatkan dia

waktu bersama bini ‘atas katil’ pun aku masih teringatkan dia

waktu bersama bini ‘atas katil’ pun aku masih teringatkan dia |Aku nak buat satu pengakuan. Aku dah berkahwin selama tiga tahun, tapi sepanjang tiga tahun ni tidak pernah satu hari pun aku lupa pada bekas kekasih gf aku, setiap hari aku teringat bekas kekasih aku. Dia sangat bijak.

Dulu dia belajar di london, dentist, cantik, pandai masak, sukakan kanak2, sangat ramah dengan orang tua, penyabar dan sangat penyayang, sukakan haiwan, baik hati. Aku selalu ketawa bila borak dengan dia, kelakar orangnya. Dia lah cinta pertama aku, perempuan yang aku sayang seikhlasnya.

Walaupun aku sayang, tapi dulu aku gatal, mungkin sebab dia jauh. Aku di malaysia, dia di london. Aku pun masih 20-an masa tu darah muda. Aku ajak berkenalan and ajak perempuan lain keluar. Mungkin sebab nak test market. Banyak kali kantoi, banyak aku buat dia menangis admin.

Tapi aku tabur macam2 janji supaya dia stay dengan aku. Memang aku nak kawin dengan dia, memang aku tahu dia lah calon isteri sempurna, cuma aku belum matang masa tu. Hingga satu hari, aku kantoi lagi sekali, dia buat keputusan untuk terus tinggalkan aku. Masa tu dia masih sayangkan aku min tapi dia kata dia dah tidak boleh teruskan. Aku usaha aku tabur janji tapi kali ni semua tidak buahkan hasil. Dia dah tutup pintu hati untuk aku. Aku cuba cari gf lain, ramai min aku tukar2, tapi tidak ada satu pun yang lagi best dari bekas kekasih aku. Setiap kali aku akan bandingkan gf2 aku dengan bekas kekasih aku.

Sekarang dia dah kawin, anak sorang, comel anak dia admin. Suami dia pun nampak baik. Aku pun dah kawin, isteri aku okay tapi dia membosankan, tidak cheeky macam bekas kekasih aku. Rumah macam tiada warna, dengan bekas kekasih dulu setiap masa aku bekas kekasihcited nak jumpa dia. Mesej dengan wife pun bosan tidak kelakar langsung, skema sangat wife aku borak hal sama je u kat mana dah makan tgh buat apa.

Bosan sungguh. Aku kawin for the sake of kawin je. Setiap hari aku akan fikir macam mana hidup aku kalau aku kawin dengan bekas kekasih aku? Aku kawin dengan isteri aku tapi rasa sayang itu tidak sama macam aku bercinta dengan bekas kekasih, indah sangat dunia, sampai harini semua kenangan masih segar dalam ingatan aku. Wajah dia ketawa dia. Aku akan senyum sorang bila teringat, hati aku sebak, air mata aku menitis.

Aku akan diam dan jadi moody bila teringat bekas kekasih. Kalau isteri tanya aku akan jawab penat kerja. Kadang bila aku isteri peluk atas katil aku teringat bau perfume bekas kekasih aku Bila isteri masak aku teringat sedapnya bekas kekasih aku buatkan kek and masak .

Tengah drive aku teringat bekas kekasih pegang tangan aku and cakap i love you. Aku stalk instagram bekas kekasih aku, alangkah indahnya kalau aku yang jadi suami dia, pandai sungguh dia jaga suami. Aku jeles rasa nak undur balik masa. Tapi semua tu cuma impian, angan2. Sumpah aku dah cuba lupakan dia, aku berdoa aku solat. 3 tahun aku cuba. Tapi semuanya terlalu indah untuk aku lupa. Sampai bila aku nak hidup macam ni min? Hati aku ada dia, selamanya. Boleh aku tahu mana2 lelaki kat luar sana yang masih tak boleh lupa cinta pertama? Tolonglah aku.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!