Home / semasa / Wakil DAP dicalon sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat & AMANAH sebagai Speaker

Wakil DAP dicalon sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat & AMANAH sebagai Speaker

Wakil DAP dicalon sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat & AMANAH sebagai Speaker | KUALA LUMPUR – Pengisian untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat berlaku perubahan dramatik sekali lagi apabila bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang merupakan ahli Parti Amanah Negara dikatakan akan dilantik untuk jawatan itu.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pula akan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas beliau tidak dilantik sebagai menteri seperti dijanjikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada pengundi Teluk Intan semasa kempen pilihan raya.

China Press melaporkan, DAP sepatutnya dapat mencalonkan wakilnya untuk jawatan Speaker, tetapi disebabkan persefahaman antara parti Pakatan Harapan, parti lain diberi mandat bagi mengisi jawatan itu.

Walau bagaimanapun, Kor Ming daripada DAP akan mengisi salah satu daripada dua jawatan Speaker Dewan Rakyat manakala satu lagi jawatan juga akan dipegang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual dari Sabah.

Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dikhabarkan dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum ini telah digugurkan.

Keadaan itu berlaku kerana pelantikan Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun sebagai Speaker Dewan Rakyat akan mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) di Kedah.

Dengan Pakatan Harapan menguasai 18 kerusi DUN, Pas (15) dan Barisan Nasional (tiga) di Kedah, PRK mungkin mengundang risiko besar kepada parti pemerintah di Kedah.

Berikutan daripadanya, Mohamad Ariff yang bukan Ahli Parlimen dikhabar bakal menerima jawatan itu berbanding Johari Abdul.

Sebelum ini nama Tan Sri Rais Yatim merupakan calon hangat untuk jawatan tersebut tetapi pelantikannya tidak menjadi kerana beliau bukan merupakan Ahli Parlimen sehingga pencalonannya dikatakan bertentangan dengan janji pilihan raya Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!