Home / pelik / ( Video ) Pelancong berbogel Menunggang kerbau

( Video ) Pelancong berbogel Menunggang kerbau

( Video ) Pelancong berbogel Menunggang kerbau
( Video ) Pelancong berbogel Menunggang kerbau

( Video ) Pelancong berbogel Menunggang kerbau  | SEORANG rakyat Britain yang mencetuskan kemarahan di Filipina kerana membenarkan pelancong menunggang kerbau dalam keadaan bogel pada bulan Februari lalu, telah ditangkap sekali lagi.

Liam Cox, 35, yang berpindah ke Pulau Surigao del Norte sejak beberapa tahun lalu, telah membuka sebuah bar dan rumah tumpangan dengan sasaran pelanggan adalah warga asing dari Britain.

Kali ini dia ditangkap selepas serbuan polis mendapati terdapat penyalahgunaan ganja di rumah dan bar berkenaan.

Serbuan dilakukan polis selepas terdapat tulisan ‘DRUGS, SEX, BEER, RUM, COKE’ yang ditulis di luar rumah tetamu berkenaan.

Dalam serbuan polis yang dilakukan semalam, pihak berkuasa menemui ganja dan dadah manakala Cox sendiri berada di bawah pengaruh dadah.

Dua lelaki lain turut ditangkap di bar milik Cox. – MYNEWSHUB.CC

biasanya pelancong seperti ini memang tiada rasa malu dan menghormati negara yang dikunjungnya malahan ia juga pernah melakukan perkara yang sama di malaysia satu ketika dulu

Pelancong berbogel di Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap empat pelancong Barat mulai tarikh mereka ditangkap dan denda RM5,000 atau tiga bulan penjara kerana melakukan perbuatan lucah di Gunung Kinabalu.

Keempat-empat mereka, yang ditangkap pada 9 Jun, membayar denda itu melalui peguam mereka pada kira-kira pukul 7 malam ini dan akan dihantar pulang ke negara asal.

Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihukum penjara, denda

Hakim Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman itu terhadap rakyat Britain Eleanor Grace Hawkins, 23; rakyat Belanda Dylan Thomas Snel, 23; dan dua beradik warga Kanada Lindsey Peterson, 23 dan Daniella Anne Louisa Peterson.

Keempat-empat mereka kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan dan mengaku bersalah terhadap tuduhan berbogel di kawasan puncak Gunung Kinabalu pada kira-kira 6.45 pagi, 30 Mei.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Daly berkata mahkamah menerima akuan bersalah mereka sebagai faktor meringankan hukuman, walaupun perbuatan mereka itu mengejutkan negara dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
“Masyarakat, terutama di Ranau, tidak senang dengan perbuatan mereka itu kerana mereka menganggap Gunung Kinabalu sebuah tempat suci,” katanya.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Ronny Cham, manakala Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin mengetuai pasukan pendakawaan tiga anggota.

Menurut fakta kes, empat tertuduh itu adalah antara 10 pendaki warga asing yang mencabar satu sama lain untuk berbogel bagi membuktikan siapa dalam kalangan mereka yang dapat bertahan daripada cuaca sejuk di puncak gunung itu.

Malim gunung yang mengiringi mereka, Azlan Ramli menasihati mereka agar tidak berbuat demikian, tetapi tidak dipedulikan.

Wanita terbabit hanya menanggalkan baju masing-masing, manakala pelancong lelaki pula berbogel habis.

Ketika merayu agar hukuman diringankan, Cham berkata keempat-empat tertuduh menyesali perbuatan mereka dan sebagai tanda kekesalan itu, mereka bersedia memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Sabah dan Malaysia.

“Satu lagi tanda bahawa mereka menyesali perbuatan itu ialah mereka mengaku tidak akan mengulanginya lagi,” kata beliau.

Cham juga meminta mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara kerana tertuduh telah membayar harga yang tinggi atas perbuatan jahil mereka serta publisiti yang diberi terhadap perbuatan mereka itu di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak terdapat bukti saintifik dan berwibawa yang mengaitkan gempa bumi yang melanda Ranau pada 5 Jun dengan kesalahan yang dilakukan anak guamnya.

Jamil pula meminta mahkamah mengenakan hukuman yang boleh memberi pengajaran, terutama dengan mengambil kira kepentingan awam.

“Banyak orang marah dengan perbuatan yang menimbulkan perasaan jengkel dalam kalangan rakyat itu.

“Malaysia sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat ke negara ini, tetapi kami mengharapkan mereka menghormati rakyat dan budaya di tempat mereka kunjungi,” katanya.

Keempat-empat tertuduh dibawa ke kompleks mahkamah pada kira-kira 2.44 petang dengan dua kenderaan pacuan empat roda dan dikawal ketat oleh anggota polis.

Petugas media tempatan dan asing berebut-rebut untuk merakam gambar mereka. Hawkins mamakai kemeja T berwarna merah manggis dan berseluar jean, Snel berkemeja putih dan jean, Lindsey berbaju biru muda dan jean, manakala Daniella berbaju T gelap dan jean.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!