Home / semasa / Video : Luahan Sayu Ustaz Kazim terpaksa jual pusat Tahfiz

Video : Luahan Sayu Ustaz Kazim terpaksa jual pusat Tahfiz

Video : Luahan Sayu Ustaz Kazim terpaksa jual pusat Tahfiz  | IPOH: Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya di Manjoi kerana tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan.

Pengesahan itu sekali gus merungkai persoalan statusnya di Facebook dan di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan.

Ustaz Kazim ketika ditemui NSTP di pusat berkenaan berkata, beliau terpaksa menjual sebahagian pusat itu membabitkan unit tahfiz di pusat berkenaan yang menempatkan 100 pelajar.

Katanya, keputusan sedih itu terpaksa diambil beliau berikutan tidak mampu lagi untuk menampung kos pentadbiran keseluruhan pusat berkenaan yang kini mencecah RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden (dewasa) dan saya akan menjual hanya Unit Tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

“Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini,” katanya yang juga pengasas dan pengetua pusat berkenaan.

Ketika ditanya punca sebenar beliau tidak mampu lagi menampung kos pentadbiran pusat berkenaan, Ustaz Kazim berkata, ia berikutan beliau tidak lagi mendapat panggilan kuliah serta ceramah.

USTAZ Kazim mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya di Manjoi. – Foto Muhaizan Yahya

UNIT Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah menempatkan 100 pelajar. – Foto Muhaizan Yahya

“Kami (Pusat Pendidikan Al Barakah) tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program televisyen.

“Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, walaupun akan menjual unit tahfiz berkenaan, usaha melahirkan Huffaz di negara ini akan diteruskannya dengan mewujudkan satu pusat tahfiz dalam skala kecil selepas ini.

“Sebenarnya, kita sudah ada tiga lot tanah di Jalan Juara, Manjoi untuk pembinaan dan wang hasil penjualan unit tahfiz berkenaan akan digunakan untuk membuka pusat tahfiz dalam skala kecil itu iaitu dalam 20 pelajar.

“Saya akan mengecilkan skala bagi menjimatkan kos dan keputusan ini diambil untuk kepentingan bersama,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!