Home / semasa / Video : Jawapan Balas Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Lokman Noor yang tak disangka

Video : Jawapan Balas Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Lokman Noor yang tak disangka

Video : Jawapan Balas Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Lokman Noor yang tak disangka | Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mencabar Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam untuk meneruskan hasratnya menyamannya.

Mohd Shukri sedia menghadapi tindakan saman pemimpin NGO itu namun segala dakwaan dan pertuduhan hanya akan ditentukan oleh mahkamah kelak.

“Itu hak dia buat lapor polis. Samanlah saya terima. Biar mahkamah tentukan (prejudis),” katanya pada sidang media selepas Program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages, di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Siasatan kes 1MDB melibatkan siasatan dalam negara hampir selesai sepenuhnya dan kini tumpuan diberikan kepada pengumpulan bukti di luar negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau berkata, siasatan dalam negara sebelum ini merangkumi separuh daripada kes, manakala bakinya di luar negara.

“Lima puluh peratus kita dah lengkapkan (kumpul) bukti tempatan, sekarang kita melihat bukti dari luar negara,” katanya selepas majlis penutup Program “Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages” di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad.

Shukri berkata demikian ketika mengulas lanjut kenyataannya semalam siasatan 1MDB sudah selesai 50%.

Sementara itu, mengenai laporan polis dibuat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan saman yang dikemukakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya, beliau hanya berkata: “Itu hak dia (NGO) untuk buat laporan polis. Samanlah, saya terima biar mahkamah putuskan”.

Semalam, media melaporkan Pemantau Malaysia Baru membuat laporan polis terhadap Shukri selepas tindakannya membekukan akaun keluarga Najib yang didakwa mempunyai unsur balas dendam.

Selain itu, media turut melaporkan Najib mengemukakan saman terhadap 3 individu, termasuk Shukri susulan beberapa kenyataan mereka berkaitan 1MDB.

Dua lagi ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!