Home / politik / ( video) Calon BN Kesayangan Najib, Isa samad kena boo beramai-ramai

( video) Calon BN Kesayangan Najib, Isa samad kena boo beramai-ramai

( video) Calon BN Kesayangan Najib, Isa samad kena boo beramai-ramai
( video) Calon BN Kesayangan Najib, Isa samad kena boo beramai-ramai

( video) Calon BN Kesayangan Najib, Isa samad kena boo beramai-ramai  | SERDANG: Suasana janggal berlaku pada sebuah program dihadiri kira-kira 15,000 pemandu teksi, ia apabila sorakan tidak enak kedengaran sewaktu nama Tan Sri Isa Samad disebut.

“Sorakan” itu kedengaran setiap kali nama pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu disebut.

Situasi pertama terjadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengalu-alukan kehadiran Isa ke program itu.

Ia disusuli dengan sorakan yang kedengaran apabila nama Isa disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada majlis untuk menyerahkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya mengumumkan pemberian RM800 kepada pemandu teksi menerusi Kad Bantuan Teksi 1Malaysia bagi membantu meringankan kos bahan api 67,000 ribu pemandu teksi.

“Bagi tujuan menzahirkan insiatif ini, kerajaan telah meluluskan dana sebanyak RM53.6 juta. Kad ini boleh diguna untuk mengisikan teksi dengan gas atau petrol di stesen-stesen minyak Petronas,” katanya.

Pada masa sama, Najib turut mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada pemandu teksi yang sebelum ini tidak layak menerima bantuan tersebut.

“Dengan sukacitanya saya mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan agar semua pemandi teksi di seluruh negara yang layak memohon BR1M akan menerima kelulusan secara automatik.

“Ini kerana kita sedar kehidupan sebagai pemandu teksi bukan senang, oleh itu sebagai kerajaan yang prihatin dengan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, dan BR1M saya umumkan pada hari ini, kebajikan pemandu teksi sedikit sebanyak akan terbela,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!