Home / hiburan / Uqasha Senrose Khayal dadah langgar kereta di Kuala Lumpur

Uqasha Senrose Khayal dadah langgar kereta di Kuala Lumpur

Uqasha Senrose Khayal dadah langgar kereta di Kuala Lumpur  | KUALA LUMPUR – Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 dalam beg tangan Chanel miliknya selepas selebriti itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika pelakon wanita itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.Satu sumber berkata, selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, telah dibawa ke balai polis TTDI untuk siasatan.
“Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemua mempunyai 53 biji dadah disyaki jenis eramin 5. Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu,” kata beliau semasa dihubungi sebentar tadi.

biodata ringkas uqasha senrose

Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu. Kini beliau muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan

Uqasha Senrose dilahirkan pada Selasa, 6 Julai 1992 Masihi bersamaan 7 Zulhijjah 1412 Hijrah di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Salah seorang daripada adik beliau juga seorang pelakon iaitu Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau telah bekerja sebagai pramugari di AirAsia, salah satu syarikat penerbangan terulung di Malaysia.Uqasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, diadaptasi dari komik online dengan judul sama, ketika itu beliau menggunakan nama Zaris Uqasha.

Pada 2013, Uqasha membintangi filem sulungnya, Paku Pontianak arahan Ismail “Bob” Hasim di mana beliau memegang watak utama sebagai Melati, bersama Pekin Ibrahim. Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Rania dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.Beliau muncul bersama Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anjell. Uqasha mempunyai peranan sebagai Laili dalam Kerana Anisa dan Puteri Emallyn dalam Hero Seorang Cinderella lakonan Fazura dan Fattah Amin.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!