Home / semasa / Tun sihat selalu dan jaga kesihatan baik-baik.We love you Tun! Thanks for everything…

Tun sihat selalu dan jaga kesihatan baik-baik.We love you Tun! Thanks for everything…

“Tun tolonglah rehat dan jaga diri baik-baik…”Sejak tumbangnya Barisan Nasional (BN) dan diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU14 ni, rakyat Malaysia bagaikan dapat semangat baru.Bak kata orang, macam baru dapat kemerdekaan lah. Dan atas kemenangan ni, kita sangat gembira dan teruja bila Tun Dr Mahathir Mohamad jadi semula Perdana Menteri kita yang baru.

 

 

Namun, usia Tun M yang semakin meningkat buat orang ramai kat luar sana rasa risau melihat pemimpin berusia 93 tahun ni ke sana sini buat kerja. Sejak angkat sumpah 10 Mei lalu, Tun M memang tak ada rehat langsung. Tun Siti Hasmah pun ada luahkan rasa risaunya dengan mengatakan,

Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur, waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan, dalam satu malam beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga 4 – 5 pagi dan 7 pagi beliau sudah ada di pejabat.”Malah gambar daripada Berita Harian yang baru dimuat naik beberapa jam tadi jugak buat ramai netizen sebak melihatnya. Bayangkanlah atuk korang yang dah tua tiba-tiba terpaksa bekerja keras demi selamatkan negara. Sedihnyaa…Sumber: BH

Antara komen menyentuh hati netizen seperti di bawah.Sumber: Facebook

Malah ada jugak di kalangan netizen yang membidas kenyataan penyokong UMNO dan BN yang hanya pandai mengutuk namun tak tahu jasa dan pengorbanan sebenar Tun dalam memulihkan negara.
Sumber: FacebookRata-rata netizen yang bersimpati dengan keadaan Tun hanya mampu minta kepada Tuhan supaya berikan PM kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur demi selesaikan apa yang perlu diselesaikannya.

Admin sejujurnya pun memang tersentuh tengok keadaan Tun yang bersusah payah check macam-macam dokumen dan buat press conference berkali-kali demi puaskan hati semua pihak. Diharapkan Tun sihat selalu dan jaga kesihatan baik-baik.We love you Tun! Thanks for everything….Terbaru, bekas Peguam Negara dipecat semasa sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan bagaimana beliau merancang mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.“Saya ingin tahu apa yang berlaku ketika dia (Gani) dipecat dan apakah hasil siasatannya.

“Dia (Gani) dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu dia dilucutkan jawatannya,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.Ditanya sama ada Gani ada menunjukkan sebarang dokumen, Mahathir berkata beliau tidak meminta bukti dikemukakan dan hanya diperkatakan secara lisan.

Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat RM2.6 bilion dalam akaun bank bekas perdana menteri dan kes SRC International.Beliau digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika siasatan rancak dijalankan atas sebab-sebab kesihatan, walaupun spekulasi merebak luas bahawa tindakan itu sebagai usaha menutup kes berkenaan.

Sepanjang tempoh tersebut, kertas pertuduhan terhadap Najib juga diedarkan tetapi pentadbiran kerajaan sebelum ini menolaknya sebagai palsu.Anggota pasukan petugas khas yang lain adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sejak memenangi pilihan raya umum ke-14, Mahathir menjadikan pengganti Gani, sebagai sasarannya kerana membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.Beliau menuduh Apandi menyembunyikan bukti berkaitan dengan 1MDB.

Apandi, yang sudahpun diarahkan bercuti, menafikan dakwaan itu.Najib mendakwa wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadinya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi tetapi siasatan antarabangsa mendapati bahawa wang itu mungkin berasal dari 1MDB.

Najib juga menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

Semalam, Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib dan menolak kemungkinan mengadakan rundingan dengan bekas “anak muridnya” itu.

Dr Mahathir juga ditanya sama ada kontrak perkhidmatan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai ketua setiausaha perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun disebabkan sebarang salah laku selepas mesyuarat ketua-ketua setiausaha kementerian pada Isnin, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang menjalankan siasatan dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk kelancaran siasatan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata Mohd Irwan akan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam dari 14 Mei hingga 13 Jun dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan.

Ketika ditanya sama ada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan digantikan, Dr Mahathir berkata: “Jika beliau ada melakukan kesalahan, proses biasa akan diguna pakai untuk menghukum orang yang telah melakukan perkara salah”.

Kepada soalan lain berhubung kenyataan Dr Mahathir bahawa SPR sengaja melewatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, beliau menjawab: ” Walaupun saya ada berkata demikian, saya tidak boleh sewenang-wenang tangkap dan sumbat dia ke dalam penjara. Itu bukan cara yang betul.”

Sumber :1. https://lobakmerah.com/tun-tolonglah-rehat-dan-jaga-diri-baik-baik/
2. https://m.malaysiakini.com/news/425246

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!