Home / sosial / Tolong Viralkan! Setan ni gila seks sampai dalam rumah pun berani masuk! – luahan bini orang jadi mangsa!

Tolong Viralkan! Setan ni gila seks sampai dalam rumah pun berani masuk! – luahan bini orang jadi mangsa!

Tolong Viralkan! Setan ni gila seks sampai dalam rumah pun berani masuk! – luahan bini orang jadi mangsa!| Kecoh apabila pemilik akaun facebook kongsikan sebuah video yang mendakwa diganggu oleh lelaki gila seks.video tersebut menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen

dalam status beliau yang berbunyi Sape kenal setan ni tolong la bgtau..biar cepat sikit msuk dlm..tgok la tgn dia tgh buat ape tu..tgahari buta pon buat kje dlm pagar umah aku..mmg setan gila sex…

berikut video yang dikongsikan beliau

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting, motorcycle, shoes and outdoor

 

jika dilihat memang agak berani penjeayah ini masuk dalam kawasan rumah orang sambil melakukan onani. Jadi kepada golongan wanita terutamanya suri rumah sila berhati-hati pastikan pintu sentiasa dikunci jangan ssekali buka pintu walaupun mereka mengatakan dari jabatan kerajaan atau memeriksa gas atau sebagainya.

akhir sekali baca 12 Tips (Taktik dan Teknik) Cara Untuk Mengelakkan Rumah Anda Dimasuki Pencuri

Hanya dengan menggunakan tips(taktik dan teknik) kongsikan ini mampu mengelakkan rumah anda daripada menjadi mangsa pencuri dan penyamun. Jika anda tidak mampu berbelanja ratusan dan ribuan RM untuk keselamatan rumah anda, cuba tips dan trik kami dengan hanya bermodalkan kurang RM50.00 sahaja sudah mampu menjadikan pencuri dan penyamun berfikir banyak kali untuk memecah masuk rumah anda. Anda boleh pilih mana-mana cara yang anda rasa paling sesuai untuk anda lakukan di rumah anda.

1 – Pasang kamera pemantauan atau cctv palsu di rumah anda. Paling mahal pun hanya dalam RM40.00 dan boleh di dapati di kedai DIY.

2 – Sentiasa pastikan untuk membuang segala surat dan kertas iklan dalam peti surat ataupun dicelah-celah pintu pagar rumah anda. Lebih-lebih lagi jika anda pula jenis kerap bekerja luar kawasan.

3 – Pastikan rumput dan pokok di halaman rumah anda sentiasa kemas dan terjaga. Supaya pencuri tidak mudah untuk bersembunyi di sebalik semak samun.

4 – Beli lampu yang mempunyai timer atau penetapan masa ataupun motion detector supaya orang menyangka bahawa ada orang di dalam rumah anda.

5 – Jika anda keluar rumah dan mendapati ada sesorang sedang memerhatikan rumah anda, berlakonlah dengan mengucapkan selamat tinggal ataupun seolah-olah melambaikan tangan pada seseorang di rumah.

6 – Jangan letakkan tangga anda terbiar dan terdedah di luar rumah anda, lebih-lebih lagi di belakang rumah anda. Tindakan membiarkan tangga dilihat seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pencuri untuk memanjat rumah anda.

7 – Pastikan anda tidak meletakkan cermin yang boleh menampakkan panel kawalan sistem keselamatan rumah anda.

8 – Jangan tinggalkan atau kongsi status ketiadaan anda di rumah kepada seluruh dunia di media sosial seperti twitter, facebook, what’s app dan sebagainya.

9 – Beli papan tanda amaran rumah anda mempunyai sistem keselamatan yang sedang beroperasi. Walaupun sebenarnya anda tidak mempunyai sebarang sistem penggera keselamatan di rumah.

10 – Letakkan kayu penghadang atau sebarang bentuk penghadang di setiap pintu dan tingkap gelongsor (sliding door/window) anda.

11 – Pasang lampu di luar rumah anda. Jangan biarkan kawasan luar rumah anda bergelap. Pernah berlaku ketika rumah saya di kampung dimasuki pencuri, lampu luar rumah telah ditanggalkan supaya kawasan luar rumah bergelap.

12 – Beli sensor pergerakan yang biasa terdapat di sesetengah kedai sebagai pemberitahuan ada orang/tetamu yang datang. Ini adalah sensor pergerakan yang paling asas.

Kami berharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian tips atau cara untuk mengelakkan rumah anda dimasuki pencuri. Namun jika anda mampu dan mempunyai peruntukan, kami menasihatkan supaya anda melengkapi rumah anda dengan sistem penggera rumah yang kami tawarkan. Tidak rugi membuat pelaburan demi keselamatan rumah dan keluarga tersayang, kerana itu semua adalah aset paling berharga dan tidak ternilai dalam hidup anda.sumber khalyaresources.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!