Home / sedih / Terlalu kejam! Wanita ini ditemui perut terburai dan ini yang berlaku pada farajnya!

Terlalu kejam! Wanita ini ditemui perut terburai dan ini yang berlaku pada farajnya!

Terlalu kejam! Wanita ini ditemui perut terburai dan ini yang berlaku pada farajnya!|Seorang warga emas di Indonesia ditemui maut dalam keadaan ngeri dengan kesan tikaman di leher, usus terburai serta kemaluan dipotong.

video sekadar hiasan

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mail, 65, seorang penduduk di Desa Karang Kedawung, Kecamatan Mumbulsari, ditemui oleh anak perempuannya, Selani, 40, ketika mahu membuang sampah di belakang rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mumbulsari, AKP Heri Supadmo, pihaknya menemui senjata seakan kerambit serta cebisan kemaluan mangsa yang dipotong di tempat kejadian.

Setakat ini, pihak polis masih lagi dalam proses menyoal siasat penduduk sekitar bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Walaupun sudah berusia, Mail dilaporkan masih sihat dan setiap hari dia akan berniaga makanan di warung berhampiran rumahnya.

sebelum ini kejadian di Indonesia juga gempar apabila wanita di Bunuh Kejam, Rogol, Sumbat Mulut Pakai Seluar Dalam

WANITA merupakan kaum yang lemah dan patut dilindungi oleh kaum lelaki, bukannya dipergunakan persis seperti binatang jalanan!

Begitulah nasib malang menimpa seorang wanita dikenali sebagai Dera Dewanti, 35, apabila dijumpai mati dan mayatnya berada dalam keadaan yang mengaibkan di Indonesia baru-baru ini.

Sekitar jam 7 malam di kawasan sawah Selatan Waduk Cengklik Desa Ngargorejo, Jawa Tengah, mayat mangsa telah ditemui dengan tidak berbaju, tangannya diikat dan terdapat kesan bekas jerutan di lehernya.

Namun, apa yang lebih menyedihkan lagi ialah mulut mangsa turut telah disumbat dengan seluar dalam mungkin bertujuan untuk mengelakkan mangsa daripada menjerit.

Hasil siasatan pihak polis didapati bahawa mangsa telah dirogol serta dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dicampak ke pintu masuk perkampungan itu.

Mangsa juga dikatakan telah menghilangkan diri selama dua hari dan perihal itu turut diketahui oleh jirannya kerana beranggapan bahawa dia telah pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sedang sakit.

Sebelum ini juga mangsa sering tiada d irumah kerana pulang ke kampung.

Disebabkan itu, jiran tetangga langsung tidak mengesyaki sebarang perkara buruk yang telah berlaku kepadanya dalam tempoh kehilangannya itu.

Pihak polis Ngemplak, AKP Rubiyati memaklumkan bahawa kes itu masih lagi di dalam siasatan kerana masih menanti keputusan bedah siasat.

Bagaimanapun, tiada lagi sebarang tangkapan dilakukan namun pihak berkuasa masih memerlukan keterangan daripada mana-mana pihak yang terdekat dengan mangsa.

Menurut sebuah potral tempatan, maklumat didapati bahawa mangsa merupakan pekerja di Bank Perkreditan Rakyat di Indonesia. – MYNEWSHUB.CC/AH

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!