Home / semasa / Terkini! Polis serbu ‘rumah rahsia’ Najib tak sangka ini yang ditemui

Terkini! Polis serbu ‘rumah rahsia’ Najib tak sangka ini yang ditemui

Serbuan polis ke atas sebuah banglo di Putrajaya yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya menjumpai puluhan barangan berjenama mewah.

Menurut sumber yang mempunyai maklumat berhubung serbuan itu, barangan tersebut diletakkan di dalam dua kotak yang kemudiannya dibawa keluar daripada rumah berkenaan.

“Puluhan barangan berjenama dirampas dari rumah di Precint 10 di mana penyiasat percaya telah dibeli dengan wang dari 1MDB,” kata sumber itu.

Operasi oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman hari ini menggelidah dua premis – sebuah rumah di Precint 10 dan satu lagi di Precint 11.

Sumber itu memberitahu kedua-dua premis itu adalah ‘rumah selamat’ yang digunakan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan rampasan barangan berjenama dan wang tunai milik Najib baca artikel yang pernah tular sebelum ini

72 beg berisi wang tunai, barang kemas dirampas

KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam sebuah unit kediaman di Pavilion Residences Apartment yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata kesemua barangan yang dirampas itu susulan pemeriksaan ke atas unit kediaman terbabit selepas pihaknya memperoleh borang geledah daripada mahkamah.

Katanya, pihak JSJK Bukit Aman melakukan pemeriksaan di enam lokasi serentak, kelmarin iaitu di Pejabat Perdana Menteri (bekas perdana menteri) dan kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Putrajaya dan empat kediaman persendirian di ibu negara termasuk kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.

Tiga lagi kediaman persendirian yang diperiksa terletak di dalam Pavilion Residences Apartment termasuk unit kediaman yang digunakan untuk menyimpan semua barangan yang dirampas hari ini.

“Semasa pemeriksaan, tiada penghuni di dalam kediaman terbabit namun kami memperolehi borang geledah daripada mahkamah untuk menjalankan pemeriksaan.”Kita turut merampas pelbagai barangan termasuk dokumen berkaitan 1MDB dalam pemeriksaan di lima lokasi lain,” katanya dalam sidang media di pekarangan lobi apartmen, awal pagi tadi.

Ketika ditanya siapakah pemilik unit kediaman yang diperiksa tadi, Amar Singh memaklumkan ia adalah milik seorang individu bergelar Tan Sri namun enggan mendedahkah butiran lanjut.

“Saya tidak perlu dedahkan siapa pemiliknya tetapi ia ada kaitan dengan siasatan 1MDB.

“Cukup atau tidak bahan bukti yang dirampas hari ini untuk melakukan pendakwaan, itu akan diberitahu oleh Ketua Polis Negara nanti,” jelas beliau.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes 1MDB masih berjalan, justeru pihaknya meminta orang ramai dan media tidak membuat spekulasi berhubung tangkapan ke atas mana-mana pihak.

Mengenai dakwaan peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal bahawa polis yang membuat pemeriksaan di kediaman Najib di Taman Duta terlalu lama hampir 24 jam hingga mengganggu ketenteraman penghuniny

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!