Home / semasa / Tan Sri tu memang Setan – UAI

Tan Sri tu memang Setan – UAI

Tan Sri tu memang Setan – UAI  | Sejak akhir-akhir ini dilihat seolah-olah ada gerakan yang cuba hapuskan Maahad Tahfiz dan hapuskan kuasa raja-raja melayu. Apa yang menyedihkan penutupan Maahad Tahfiz ini disuarakan oleh orang melayu sendiri yang beragama islam

Susulan itu UAI telah menjawab isu tersebut dengan mengatakan orang yang menyuruh tutup Tahfiz adalah setan. Jika Tan Sri yang menyuruh tutup Tahfiz ia Tan Sri Setan. ikuti video UAI di bawah

 

 

Tutup tahfiz: Mereka terlalu ‘jahil’ terhadap al-Quran

KUALA LUMPUR 10 Julai -Mana-mana pihak atau individu yang berpendapat sekolah tahfiz itu perlu ditutup adalah tidak wajar dan mereka terlalu ‘jahil’ terhadap al-Quran.

slug : mufti Ipoh 25 Julai 2013 - Temubual Mufti Perak,Tan Sri

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, saranan penutupan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan budaya masyarakat Islam, malah memberi maksud kita terlalu jauh dengan al-Quran.

“Sekiranya ada orang cakap sekolah tahfiz tidak penting, itu menunjukkan dia terlalu jahil terhadap al-Quran. Sepatutnya orang Islam suka kepada al-Quran, tetapi kalau rasa benci itulah tanda jahil.

“Al-Quran itu adalah pokok dan perlembagaan hidup kita. Sekiranya kita cakap tak bagus, ia bermaksud kita sudah jauh daripada al-Quran,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan penutupan semua sekolah tahfiz kerana institusi itu tidak memberi harapan kepada generasi baharu Islam.

Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Prof. Madya Dr. Irwan Mohd. Subri berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana masalah utamanya hanyalah kepincangan dan eksploitasi pelajar.

“Sepatutnya beliau ketengahkan perkara ini dan minta tambah baik. Kalau ikut logik terus tutup (sekolah tahfiz), kita patut tutup sekolah kebangsaan juga sebab masalah di sekolah kebangsaan juga banyak antaranya masalah disiplin dan jenayah.

“Saya sendiri ada sekolah agama. Kemahiran bahasa Arab mereka lebih baik daripada pelajar universiti. Jadi, adalah kita patut tutup universiti sebab adanya masalah seperti ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

 

SEBELUM INI SITI KASSIM MEMBERI AMARAN JIKA JAKIM KEKAL DANA JAKIM KEPADA PUSAT TAHFIZ PERLU DIHENTIKAN

Kerajaan perlu memastikan bahawa dana yang diberikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak digunakan untuk membiayai sekolah-sekolah tahfiz sekiranya keputusan dibuat untuk mengekalkan badan agama itu, demikian gesaan peguam, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim.

Siti Kasim membuat dakwaan bahawa ratusan sekolah tahfiz menggunakan dana yang diagihkan melalui JAKIM dan sekolah-sekolah ini tidak melalui pemeriksaan betul dan penelitian prosedur sebelum mendapat dana.

Siti Kasim berpandangan bahawa agama dan politik perlu diasingkan dan mana-mana ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz berhak berbuat demikian, tetapi mereka perlu membiayai perbelanjaan sekolah-sekolah itu tanpa bantuan kerajaan.

Menurutnya, kaedah ini diamalkan oleh penganut agama lain di negara ini kerana sekolah-sekolah agama mereka tidak didanai oleh kerajaan.

“Penganut agama lain perlu melakukannya. Sekolah-sekolah agama mereka tidak dibiayai oleh kerajaan.” Sebagai pembayar cukai, wang hasil cukai mereka turut digunakan untuk membiayai sekolah-sekolah tahfiz. Komentar Siti Kasim dibuat berikutan pengumuman Putrajaya bahawa sebuah jawatankuasa akan ditugaskan untuk membuat keputusan sama ada JAKIM akan terus dengan peranan yang dimainkan sekarang atau “dikembalikan untuk menjalankan peranan asal”.

Berkenaan dengan pendapat Tawfik Ismail yang menyarankan JAKIM ditutup serta merta, Beliau bersetuju dengan Tawfik Ismail dan mempersoalkan tentang apa sebenarnya peranan JAKIM. Beliau turut memberi komen tentang pendapat yang menyatakan bahawa permulaan kewujudan JAKIM ialah untuk menyanggah PAS.

“Kenapa? Pedulikan PAS. Kerajaan mempunyai jentera dan keupayaan untuk memberitahu kepada awam, terutamanya orang Melayu, apa itu Islam sebenar, bukan jenis Islam PAS atau khutbah yang disampaikan golongan yang kononnya digelar ulamak-ulamak”.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!