Home / kisah rumah tangga / Tak tahan tabiat pelik suami, Isteri tuntut cerai

Tak tahan tabiat pelik suami, Isteri tuntut cerai

Tak tahan tabiat pelik suami, Isteri tuntut cerai | Salam Tim KRT yang budiman lagi bijaksana.Mohon disiarkan cerita saya yang malang ini.

Nama aku Nora,berumur 26 tahun berasal dari Gombak dan telah 3 tahun berkahwin ,tidak ada anak lagi.Suami aku bekerja sebagai kontraktor di ibu kota.Namanya Husin ( bukan nama sebenarnya).Terus terang aku bagitahu, duit bukan masalah utama keluarga kami.Aku juga bekerja di salah sebuah syarikat swasta.Bukan masalah duit yang aku nak luahkan di sini,tapi disebabkan ‘terlebih’ duit ni lah ,Husin suka membuat perkara tak masuk akal!

video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Macam ni,Husin ni ada hobi.Hobi dia bukan macam typical suami orang lain,kaki mancing,kaki kereta ke, kaki Hot Wheels mahupun kaki dangdut.Husin ni hobinya suka menyeru hantu!

Ya,korang tak salah baca.Seru hantu! Dia ni dari kecik hobinya suka baca kisah dari Tamar Jalis,Tok Awang Ngah dan lain lain.Bila dah berkahwin ni,lagilah menjadi hobi pelik dia ni!

Sekarang ni dah banyak cerita hantu dekat TV,dekat web dan dia siap langgan Astro Boo! tu.Tak cukup dengan tu,dia selalu baca kisah kisah hantu dekat facebook macam Arkib Angker Negara,Pensel Studio dan lelain lagi.Saya pernah godek hp dia dan unlike page page tu,dia like semula!Masalahnya,bila dia baca bab pontianak,dia akan cari pontianak! Kalau pasal penanggal,dia akan cari!

Bayangkan tiap malam ada je bomoh,sami dan tah sapa sapa datang rumah menurun! Seru hantu! Dan ya! Memang datang! Saya ni dah beberapa kali kena histeria sebab kerasukkan.Husin boleh ketawa,dan rakam! Katanya dia puas tengok saya macam tu!

Kos seru hantu ni bukan murah,sekali upah dekat RM4,000++ dan ada sekali tu dia pergi Indonesia seminggu nak cari Genderowo.Berhabis dekat RM10k! Ya,money is not a problem!Saya risau kekadang tengok Husin,perbuatan dia tu kekadang nampak syirik! Bila saya nasihat,bazir duit,alih alih nanti dia tunjuk resit sedekah dekat pusat anak yatim beribu ribu tu.Entahlah.

Saya buntu.Saya nak minta cerai,tapi saya sayangkan hubungan ni.Kekadang ada sekali dia punya idea cukup bodoh,dia nak santaukan saya sebab dia nak tengok,betul ke ada muntah keluar kaca semua! Katanya,lepas dah muntah tu semua,dia bagi air penawar! Bangsatkan ada laki serupa ni?

Warga Krt,saya mohon pertimbangan kalian semua.Saya betul betul stress dan tertekan.Balik rumah nampak toyol,nampak Langsuir,nampak Jerangkung.Isteri mana yang tahan dengan hobi gila suami macam ni ???

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!