Home / semasa / Tak sangka selepas jumpa Syed Saddiq, ini kenyataan Jokowi

Tak sangka selepas jumpa Syed Saddiq, ini kenyataan Jokowi

Tak sangka selepas jumpa Syed Saddiq, ini kenyataan Jokowi | JAKARTA – Selepas pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi, jadual Syed Saddiq Syed Abdu Rahman di Indonesa diteruskan dengan perjumpaan bersama Presiden, Joko Widodo.

Menteri Belia dan Sukan itu, dalam perkongsiannya hari ini berkata, apa yang menarik dalam pertemuannya bersama dengan Jokowi adalah beliau berpeluang menaiki kereta bersama.

Katanya, beliau dan Jokowi dalam satu kereta menuju ke Palembang untuk meninjau persiapan Sukan Asia.

“Saya bersama bapak Presiden yang juga merupakan idola saya dan idola anak muda Malaysia dan Indonesia,” kata Saddiq ketika berbual mesra dengan Jokowi dalam kereta berkenaan.

Video perjalanan Saddiq dengan Jokowi yang berdurasi 57 saat itu dikongsi beliau di Facebooknya.

Sementara itu, ketika Saddiq meminta Jokowi menyampaikan sedikit pesanan dalam pertemuan itu, Jokowi dalam nada tawa berkata ‘Saya satu mobil (kereta) dengan bro Saddiq’.

“Saya senang sekali ada menteri yang smart, cerdas dalam satu mobil dengan saya.

“Malaysia dan Indonesia sebagai satu saudara serumpun, marilah kita bersama-sama bekerjasama dalam segala bidang, pelaburan, perdagangan, hubungan tenaga kerja semua harus baik,” katanya

Isu provokasi bola: Syed Saddiq bertemu Imam Nahrawi

JAKARTA – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdu Rahman semalam telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi bagi membincangkan perkara berbangkit berhubung isu sukan dua negara.

Dalam pertemuan itu, Syed Saddiq berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu keselamatan atlet negara, rentetan insiden provokasi penonton Indonesia terhadap pemain bola sepak negara bawah 19 tahun baru-baru ini.

Syed Saddiq, Imam Nahrawi

Syed Saddiq berkata, Imam Nahrawi dalam kenyataanya menjelaskan dalam insiden itu, pihak yang terlibat akan diambil tindakan tegas.

“Siapa pun, sesama atlet harus saling bersikap profesional. Saya harap Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) harus bertindak tegas, profesional, dan harus memberikan jaminan keamanan, keselamatan, kepada siapa pun.

“Jaminan ini tidak cuma berkaca dari kasus di Sidorajo, namun semuanya, di Asian Games, di semua perlawanan, pihak berkuasa harus memberikan serta menjamin rasa aman semuanya,” kata Saddiq yang memetik kenyataan Imam Nahrawi.

Malam kelmarin penonton Indonesia bertindak menimbulkan kekecohan di stadium, ketika saingan separuh akhir Kejuaraan AFF 2018 Bawah 19 tahun yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas aksi sebenar terikat 1-1 di Stadium Gelora Delta Sidoarjo.

Dalam pada itu, Saddiq yang lebih mesra dipanggil bro Saddiq berkata, dalam kesempatan itu, Imam Nahrawi turut menyampaikan salam kepada semua peminat bola sepak Malaysia dan mengambil kesempatan memohon maaf atas insiden yang berlaku dan mahukan sukan diraikan bersama dengan penuh semangat.

“Insya-ALLAH selepas ini kami akan sentiasa bekerjasama rapat demi pembangunan sukan dan belia di rantau Asia Tenggara ini.

Saya dan Pak Imam bukan sahaja berkongsi kementerian yang sama malah berkongsi idola yang sama, Datuk Siti Nurhaliza,” katanya.

Dalam jadual Syed Saddiq ke Indonesia, beliau akan menemui Presiden Jokowi pagi tadi dan selepas itu beliau akan terus ke Surabaya bagi memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak bawah 19 tahun.

Malaysia bakal berdepan dengan juara dua kali Myanmar (2003 dan 2005) dalam final hari ini

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!