Home / hiburan / Tak sangka! rupanya inilah sebabnya Nora Danish suruh Remaja hari ini kahwin lambat

Tak sangka! rupanya inilah sebabnya Nora Danish suruh Remaja hari ini kahwin lambat

Tak sangka! rupanya inilah sebabnya Nora Danish suruh Remaja hari ini kahwin lambat | PELAKON sensasi Nora Danish berpendapat berkahwin pada usia agak lewat adalah pilihan terbaik untuk remaja masa kini.

Nora atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 36, berkata, ilmu pengetahuan seseorang dalam perkahwinan amat penting sebelum membuat keputusan untuk mendirikan sebuah rumah tangga.

“Kak Nora, better kahwin awal atau lambat untuk remaja masa kini? ” tanya peminat.

“Lambat! Biar banyak ilmu pengetahuan dan tidak cetek minda dalam bab perkahwinan,” jawabnya.

Nora menjawab hampir 20 soalan secara rawak daripada peminatnya menerusi fungsi pertanyan yang diperkenalkan di Instagram story.

Antara soalan yang dijawab pelakon berkenaan ialah berkaitan perkahwinan, cinta, suami dan kerjaya. Menjawab pertanyaan tentang suamimya, Nora turut mendedahkan tiga sebab dia cintakan Nedim Nazri itu.

“Tiga sebab itu ialah saya sukakan cabaran, kedua sebab hatinya dan ketiga sebab perut saya, bila lapar saya boleh makan,” katanya.

Selain itu, menjawab lanjut tentang cinta, Nora berkata, seseorang perlu menyanyangi dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain.

Nora Danish bersama suaminya Nedim dan anak mereka Neqayl atau Ney Ney.

Tambahnya, keyakinan dan bertemu dengan ramai orang juga akan memberi pengalaman untuk menjadi lebih baik.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari lalu.

Sebelum ini, Nora, 37, pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.

Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.Sementara itu juga, menjawab soalan bagaimana dia kekal positif sebagai seorang selebriti, Nora berkata, jauhkan diri dengan persekitaran yang memberi kesan negatif.

“Berfikiran positif adalah kunci untuk berjaya dan hidup tenang. Bila anda tukarkan fikiran negatif kepada positif, anda akan dapat keputusan yang positif, Insya-Allah.

“Bergaul dengan orang yang positif dan hidari daripada orang-orang negatif,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab tentang berat badan, Nora perlu mengurangkan 7 kilogram lagi untuk kelihatan baik di depan skrin.

“Saya belum langsing lagi, sebenarnya berat saya 55 kilogram dan ia dikira gemuk untuk ketinggian saya.

“Saya perlu kurangkan lebih kurang 7 kilogram lagi untuk kelihatan baik di skrin. Sekarang dalam kamera okey tapi bila keluar TV gemuk!,” tulisnya.

sumber : mstar

 

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!