Home / semasa / Tak sangka! Agong sanggup buat potongan gaji untuk bantu pulihkan ekonomi negara

Tak sangka! Agong sanggup buat potongan gaji untuk bantu pulihkan ekonomi negara

video sekadar hiasan baca artikel penuh petikan freemalaysiatoday

Tak sangka! Agong sanggup buat potongan gaji untuk bantu pulihkan ekonomi negara | PETALING JAYA: Sultan Muhammad V bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara.

“Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.

“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan 30 Mei lalu untuk rakyat menyalurkan sumbangan selepas mengetahui hutang negara mencecah RM1 trilion dan jumlah kutipan itu mencecah RM56.662 juta setakat 3 petang tadi.

Semalam, Menteri kewangan berkata, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Lim Guan Eng berkata, sekiranya jumlah tabung itu tidak mencukupi, kerajaan akan menampung baki diperlukan bagi melunaskan hutang itu.

Sementara itu, Sultan Muhammad V turut mengarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara tahun ini dibatalkan.

“Anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.”

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN S-EKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!