Home / politik / Sumpah memang aku tak halalkan! – Pelajar bengang gambar dijadikan mainan politik tanpa kerelaan

Sumpah memang aku tak halalkan! – Pelajar bengang gambar dijadikan mainan politik tanpa kerelaan

Sumpah memang aku tak halalkan! - Pelajar bengang gambar dijadikan mainan politik tanpa kerelaan
Sumpah memang aku tak halalkan! – Pelajar bengang gambar dijadikan mainan politik tanpa kerelaan

Sumpah memang aku tak halalkan! – Pelajar bengang gambar dijadikan mainan politik tanpa kerelaan | PETALING JAYA: Seorang pelajar terkejut apabila gambarnya menjadi antara ratusan poster politik yang tersebar di media sosial, termasuk diterbitkan di muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, yang menuntut di sebuah universiti di Shah Alam, berkata gambar menunjukkan slogan pro-Pakatan Harapan sebenarnya dipetik daripada sebuah iklan di mana beliau memperagakan produk tudung.

“Saya rasa poster itu tular sejak minggu lepas ataupun minggu ini. Saya perasan selepas menerima mesej peribadi dari seseorang di Instagram 2 atau 3 hari selepas keluar dari hospital,” katanya kepada FMT.

Aida bagaimanapun berkata gambar asal itu tidak dikongsi di media sosial, malah sudah dipadamkan sebulan atau 2 bulan lepas.

“Saya pun tak tahu bagaimana pelaku boleh ambil gambar itu. Gambar itu sebenarnya dirakam ketika sesi foto jenama tudung.

“Jadi saya harap pelaku dan pihak yang berkaitan tidak mengulangi perkara ini lagi,” katanya.

Aida bagaimanapun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang, sekadar mengharapkan permohonan maaf.

“Bagi saya, tak guna benda ini kalau nak dibesarkan hingga ke mahkamah.”

Aida sebelum ini menyampaikan rasa tidak selesa selepas gambarnya digunakan dalam akhbar utama berbahasa Inggeris, The Star.

“Kalau boleh saman and aku tahu siapa buat gambar ni sumpah aku maki. Kau mesti orang politik dah 21 ke atas. Suka suka hati kau nak guna gambar aku. Sumpah aku tak halalkan, makin benci pulak aku dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang,” katanya dalam muat naik di akaun media sosialnya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!