Home / politik / “Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe…zahid sindir PH

“Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe…zahid sindir PH

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kerajaan baharu Pakatan Harapan yang didakwa tidak konsisten dalam memberikan fakta sekali gus menyamakannya dengan tempe.Naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden itu berkata, sehingga kini tiada satu pun janji yang dibuat mereka dapat dilaksanakan walaupun banyak yang dijanjikan sebelum menang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.”Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga.

“Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.”Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya ‘domestic debt’ iaitu pinjaman dalam negara, ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” katanya memetik umno-online.

Beliau berkata demikian dalam program berbuka puasa bersama ketua-ketua penerangan Bahagian Umno, Ahad.Zahid berkata kerajaan baharu juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh.”Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh.

“Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” kata beliau.Beliau berharap semua ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/28/kerajaan-ph-tempe-zahid/#dc3ZB4ElGTKPODEX.99

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!