Home / semasa / Setelah Polis rampas wang, barang kemas ini pula tindakan mengejutkan SPRM terhadap Najib!

Setelah Polis rampas wang, barang kemas ini pula tindakan mengejutkan SPRM terhadap Najib!

Setelah Polis rampas wang, barang kemas ini pula tindakan mengejutkan SPRM terhadap Najib!  | SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kes aliran wang dari SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagi membantu siasatan kes berkenaan, SPRM sudah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber berkata, mengikut notis berkenaan Najib perlu hadir ke pejabat SPRM pada Selasa depan bagi memberi keterangan.

Katanya, surat berkenaan diserahkan melalui lapan pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 3.50 petang tadi.

Difahamkan, lapan pegawai itu menaiki dua kereta Proton Preve berwarna perak turut membawa beberapa beg bimbit.

Semua pegawai berkenaan kemudian meninggalkan kediaman itu pada 5.40 petang.

Sebelum ini, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana 2.6 bilion dan SRC International.

Malah, kertas siasatan yang berkaitan ketika itu dikembalikan kepada SPRM,l selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup

Polis rampas 72 beg berisi wang tunai, barangan kemas dan jam berjenama serta beg tangan bernilai Ratusan ribu milik Najib |

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).”Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” katanya.

Beliau berkata, polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Terdahulu lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!