Home / politik / Selepas tumbang , Najib mendakwa pejuang BN selama ini mencontohi perjuangan Rasulullah SAW

Selepas tumbang , Najib mendakwa pejuang BN selama ini mencontohi perjuangan Rasulullah SAW

Selepas tumbang , Najib mendakwa pejuang BN selama ini mencontohi perjuangan Rasulullah SAW | Ramai yang memberitahu kepada saya sebelum ini supaya saya berkeras dan jangan ikut undang-undang untuk kita terus kekal berkuasa. Tapi saya kata kepada mereka kita harus berlembut terhadap pihak lawan dan rakyat serta ikut undang-undang..

video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah luahan najib

Saya bagi tahu perjuangan kita mesti berprinsip teguh berpendirian dan mencontohi perjuangan Rasulullah SAW, serta janganlah bertindak kasar dengan kuasa yang kita ada kepada pihak lawan..

Malangnya sejenis wabak fitnah terlampau kuat yang dibawa oleh pihak lawan betul-betul menguasai pemikiran rakyat untuk membenci diri saya dan juga parti..

Inilah kesan akibatnya kepada saya dan keluarga serta parti. Rakyat lebih mempercayai fitnah kedustaan sehingga benda yang baik pun dipercayainya jahat dan terus menghala kepada saya..

Mereka menuduh saya mencuri duit rakyat tapi sampai sekarang mereka tidak boleh buktikan perkara tersebut, yang hanya ada sampai sekarang fitnah yang bertalu-talu untuk menghentam saya..

Saya akui saya terlampau berlembut dengan pihak lawan sehingga saya dan parti di hukum teruk, tetapi ianya tidak dapat mematahkan semangat kami untuk memakmurkan serta menyelamatkan kembali tanah air ini..

Kini saya dan parti UMNO serta Barisan Nasional tidak memerlukan apa-apa lagi, yang kami mahu hanya sokongan dari Tuan-tuan dan Puan-puan serta adik kakak untuk terus setia bersama memperjuangkan sehingga ke titisan darah terakhir kita untuk Bangsa Agama dan Tanahair kita..

Kita umpama bermula dari bawah semula untuk memperjuangkan kemerdekaan dari mereka yang zalim demi menyelamatkan malaysia yang tercinta. Insya-Allah..

Datuk seri Najib Tun Razak..

Pandangan penulis :

kesian kepada Najib mendakwa pejuangnya mencontohi Rasullulah teringat lagi video yang dia kata kepala bapak kau sesuai dengan kenyataan status beliau.Hanya penyokong-penyokong BN sahaja yang percayakan perjuangan beliau seperti rasullulah

Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah

Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampas sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama.

Dalam sidang medianya lewat malam ini, Amar Singh berkata rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung skandal 1MDB.

“Ini adalah hasil carian dari satu daripada enam premis.

“Jumlah barangan yang kita rampas 72 (beg) yang mengandungi wang tunai pelbagai mata wang dan juga barangan kemas,” katanya.

Ditanya mengenai beg tangan yang dirampas, Amar berkata ia termasuk jenama mewah Hermes dan Birkin.

Manakala bagi nilai barang yang dirampas setakat ini, Amar berkata beliau tidak dapat memberikan anggaran kerana polis belum membuat pengiraan terperinci.

“Kami telah merampas beg berkenaan, kami tahu ia mengandungi wang tunai dan barang kemas.

“Secara tepat berapa banyak wang tunai saya tidak boleh katakan atau berapa banyak barang kemas. Tetapi jumlah barangan kemas agak besar,” katanya.

Difahamkan polis berada di lokasi sejak kira-kira 7.30 malam.

Amar mengesahkan tiada sesiapa di kediaman berkenaan ketika mereka melakukan serbuan.

Diminta menjelaskan mengenai pemilik unit kediaman tersebut, Amar berkata salah satu daripada unit itu milik seorang “Tan Sri”, namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Amar juga menambah polis telah menyelesaikan pemeriksaan di unit-unit mewah di situ.

Mengenai serbuan berterusan di kediaman rasmi Najib di Jalan Langgak Duta, Amar berkata pihak polis masih tidak dapat memecahkan peti besi keselamatan yang dikatakan terkunci selama 20 tahun.

Terdahulu, Orang ramai dan media dilihat berkumpul di luar kondominium mewah Pavillion Residences berikutan serbuan di kediaman yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

Sehingga jam 1.25 pagi, polis dilihat telah membawa sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah berkenaan.

Pegawai dan anggota polis kemudian dilihat memuat naik kotak-kotak barang yang telah dirampas daripada unit berkenaan.

 

 

 

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!