Home / politik / Selepas terbabit skandal jutaan Ringgit tanah Felda, Isa Samad dipilih calon BN negeri Sembilan

Selepas terbabit skandal jutaan Ringgit tanah Felda, Isa Samad dipilih calon BN negeri Sembilan

Selepas terbabit skandal jutaan Ringgit tanah Felda, Isa Samad dipilih calon BN negeri Sembilan
Selepas terbabit skandal jutaan Ringgit tanah Felda, Isa Samad dipilih calon BN negeri Sembilan

Selepas terbabit skandal jutaan Ringgit tanah Felda, Isa Samad dipilih calon BN negeri Sembilan | SENARAI SKANDAL TAN SRI ISA SAMAD SEPANJANG BERGELAR PENGERUSI FELDA (2011 – Jan 2017)

MAC 2012:

Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.

JUN 2013:

Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)

JULAI 2013:

Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)

OKTOBER 2013:

Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.

Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!

Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)

NOVEMBER 2015:

Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.

Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.

Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!

Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!

(Sumber: astroawani.com)

JUN 2017:

Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

DISEMBER 2017:

Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak! Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015! (Sumber: bharian.com.my)

KESIMPULANNYA?

Punca utama adalah apabila Felda (‘lombong emas orang Melayu’) ini diserahkan pada tangan-tangan yang tidak amanah!

Apalah yang boleh diharapkan pada sebuah sistem yang sudah kronik krisis moralnya.

ISA SAMAD berada di mana dia berada kini adalah atas atas tangan anda yang memangkah di kertas undi suatu ketika dahulu.

Anak Muda.

PRU-14: Isa Samad Dalam Senarai Calon BN Di NS

PRU14: Isa Samad Dalam Senarai Calon BN Di NS

SEREMBAN – Nama Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad termasuk dalam senarai calon Negeri Sembilan yang telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata ini kerana Mohd Isa adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan penyandang jawatan anggota Parlimen Jempol.

“Sekiranya terpilih, kerusi mana beliau (Mohd Isa) akan bertanding, sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), itu saya tidak tahu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pecah tanah untuk pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Ulu Kanchong di Taman Forest Heithts di sini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon; Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Lim Chin Fui dan Pengerusi Gerakan negeri, Datuk David Choong Vee Hing.

Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai calon BN Negeri Sembilan telah dihantar kepada Perdana Menteri pada Selasa lepas dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang sesuai untuk bertanding pada PRU14.

“Setakat ini saya tidak tahu siapa calon BN negeri ini dan biarlah Perdana Menteri umumkan. Bila sudah dapat tauliah nanti, itulah calonnya.

“Jadi, siapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan nanti, itulah yang akan menjadi calon kepada sesuatu tempat, sama ada DUN atau pun Parlimen…itu semua diputuskan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Mengenai dakwaan Pakatan Harapan akan berlaku tsunami Melayu pada PRU kali ini, beliau berkata teori tsunami Melayu itu cuma teori sahaja kerana orang Melayu masih lagi mempunyai keyakinan tinggi kepada UMNO dan BN untuk terus menerajui pentadbiran negara ini.

“Bahkan, saya lihat kebelakangan ini sokongan orang Melayu terutamanya di luar bandar dan kawasan pinggir bandar nampaknya lebih baik jika hendak dibandingkan pada dua PRU yang lepas. Jadi, saya harap ini akan menjadi kenyataan pada PRU14,” katanya.

Katanya BN Negeri Sembilan yakin dapat mengekalkan 22 kerusi DUN dalam PRU14 nanti.

Katanya selain 22 kerusi itu, BN juga bertekad untuk menambah antara lima hingga tujuh kerusi lagi. – BERNAMA

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!