Home / hiburan / Selepas putus tunang dengan Elfira Loy, Sufian Suhaimi dedahkan misteri wanita cantik yang bermanja dengannya!

Selepas putus tunang dengan Elfira Loy, Sufian Suhaimi dedahkan misteri wanita cantik yang bermanja dengannya!

Selepas putus tunang dengan Elfira Loy, Sufian Suhaimi dedahkan misteri wanita cantik yang bermanja dengannya! | BEBERAPA keping foto mesra penyanyi lagu Di Matamu iaitu Sufian Suhaimi bersama seorang wanita mendapat perhatian netizen.

Foto yang dipercayai dirakam ketika sambuan Hari Raya Aidilfitri itu menjadi bualan hangat netizen yang ingin mengetahui lanjut mengenai gerangan wanita istimewa itu.

Foto yang dimuat naik di Instagram seorang jurugambar itu memperlihatkan Sufian mengayakan baju Melayu berwarna ungu manakala wanita itu mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna hitam.

Rata-rata peminat wanita penyanyi itu meninggalkan komen berbaur kecewa dan patah hati melihat gambar mesra mereka selain menjangkakan wanita dikenali sebagai Natasha Asraff itu kekasih baharu Sufian.

Netizen patah hati foto mesra Sufian dengan seorang gadis. – Foto Instagram @fracment.

Ada juga mengecam tindakan penyanyi itu yang beraksi mesra dalam gambar berkenaan selain menganggap ia keterlaluan jika mereka tiada pertalian darah.

Sufian yang dihubungi menjelaskan wanita itu bukan teman wanitanya sebaliknya salah seorang saudara yang turut pulang ke kampung pada hari raya lalu.

“Tidaklah bukan kekasih, saudara. Janganlah patah hati okey!” ujarnya ringkas.

Sebelum ini Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy namun ikatakan itu putus pada Februari lalu.Sufian dan Elfira sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu.berikut artikel sebelum ini kesedihan sufian ketika putus tunang

Jatuh Jugalah Air Mata Jantan Saya” – Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi berkongsi bagaimana peritnya melalui pengalaman putus tunang dengan Elfira Loy sehingga menistis air mata disebabkan terlalu sedih dengan kejadian itu.

Sufian, 26, berkata dia sudah menerima takdir itu dengan tenang dan bersyukur mendapat sokongan serta kata-kata semangat daripada orang sekeliling.

“Sejujurnya saya akui memang sangat sedih. Apabila perkara ini berlaku, jatuh jugalah air mata ‘jantan’ saya tapi bukanlah di hadapan kamera.

“Tapi Alhamdulillah, saya ada sokongan daripada keluarga, rakan-rakan artis yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan peminat yang tidak pernah putus mendoakan saya.

“Saya reda dan menerima segala takdir yang sudah tertulis dengan tenang dan ketentuan dari Allah,” kata Sufian kepada mStar Online.Sufian ditemui ketika program temuduga Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) di Maeps, di sini pada Ahad.

Menurut Sufian, buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin memberi tumpuan pada kariernya.

“Buat masa ini saya tak nak fikir soal cinta atau mencari pengganti. Saya nak beri tumpuan sepenuhnya pada karier nyanyian.

“Perjalanan seni saya masih jauh. Saya sudah ada perancangan untuk kerjaya selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu lirik lagu terbarunya, Ku Dimatamu itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.

“Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.

“Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

“Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja,” ujarnya.

Kata Sufian, lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen tu akan dilancarkan pada 23 atau 24 Mac depan yang merupakan tarikh awal perancangan perkahwinannya.

“Insya-Allah saya akan lancarkan lagu tersebut pada 23 atau 24 Mac depan. Tarikh itu sebenarnya tarikh awal perancangan untuk berkahwin.

“Jadi, saya ingat nak jadikan tarikh tersebut sebagai kenangan terindah juga sebab itu saya pilih untuk lancarkan lagu terbaru,” katanya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!