Home / politik / Selepas Najib kini Tengku Adnan Mansor hidup ketakutan kerana inilah kesalahan besar yang pernah dilakukan!

Selepas Najib kini Tengku Adnan Mansor hidup ketakutan kerana inilah kesalahan besar yang pernah dilakukan!

Selepas Najib kini Tengku Adnan Mansor hidup ketakutan kerana inilah kesalahan besar yang pernah dilakukan! | KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng memfailkan laporan terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini.

Memetik laporan New Straits Times (NST), Lim menggesa SPRM untuk menyiasat kes penjualan 64 bidang tanah kepada Yayasan Wilayah Persekutuan pada 2013.

“Saya memberitahu SPRM bahawa individu pertama yang harus mereka siasat ialah Tengku Adnan kerana beliau bertanggungjawab dalam meluluskan pembelian tanah tersebut.

“Beliau turut terlibat dalam yayasan tersebut. Sangat jelas bahawa ada konflik dalam isu ini.

“Mungkin juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar harus disiasat sekali kerana mereka juga sebahagian daripada yayasan tersebut,” katanya selepas membuat laporan di pejabat SPRM di Jalan Cochrane, di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Menurut Lim, sejak 2014, 64 lot tanah berukuran 171.71 hektar dan bernilai lebih RM4.28 billion itu telah dijual tanpa melalui proses tender terbuka.

Jelasnya, pembelian tanah tersebut bertujuan membina rumah mampu milik namun setelah kaji selidik diadakan, mereka mendapati bahawa hanya sebahagian dari tanah-tanah tersebut hanya digunakan untuk pembinaan rumah mampu milik itu.

“Kami tidak mempunyai sebarang halangan untuk pembinaan rumah-rumah mampu milik ini namun kami ingin melihat proses jual beli yang telah dijalankan.

“Semua projek pembangunan ini telah diluluskan dan diteruskan superti biasa sementara semua yang dalam perancangan sudah dihentikan buat sementara waktu,” katanya.

Menurut Lim, mereka mahu SPRM melihat semula perjanjian pembelian tanah ini bagi memastikan ia dijalankan dalam proses yang sah termasuk menerusi tender terbuka. – Astro Awani

BIODATA TENGKU ADNAN MANSOR

Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansor (lahir 20 Disember 1950) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO demi mengambil alih Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad pada 20 Mac 2008. Sebelum itu beliau pernah menjawat sebagai Menteri Pelancongan Malaysia.

Beliau dilahirkan di Melaka. Beliau memperoleh Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan BBA dari Universiti California Selatan.

Tengku Adnan turut pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengarah dan Pengerusi Far East Asset (FEA) dan Pengerusi UNZA Holdings Bhd.

Hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini dan melahirkan 4 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan Tengku Adnan menyertai politik pada awal 1980-an. Antara jawatan penting yang pernah disandangnya dalam parti ialah Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 1988.

Beliau mula dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 1993, tetapi gagal mempertahankan jawatan itu pada 1996. Bagaimanapun, pada pemilihan parti pada September 2004, Tengku Adnan sekali lagi terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tengku Adnan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada Jun 2000. Pada 29 November 2001 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.

Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, selepas persempadanan semula sebelum menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan parti pada Jun 2004. Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, menggantikan Datuk Dr. Leo Michael Toyad pada 14 Februari 2006. Pada tahun 2008, beliau tersingkir daripada Kabinet dan digantikan oleh Azalina Othman Said.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!