Home / semasa / Selepas isu 1MDB, Najib bakal disiasat pula isu dua kapal selam Scorpene

Selepas isu 1MDB, Najib bakal disiasat pula isu dua kapal selam Scorpene

NAJIB BAKAL KENA LAGI! Belum sempat @NajibRazak bernafas lepas habis menduduki kertas peperiksaan SRC International Sdn. Bhd. kat SPRM, satu lagi kertas mesti dijawab dengan jujur dan telus.

Foto Zulimran Nasution Abdullah Omar.

Peguam siasatan dua kapal selam Scorpene, William Bourdon kini bersedia memulakan kerjasama dengan pejabat Peguam Negara bagi meneliti dan menyambung kembali siasatan skandal pembelian melibatkan rasuah berjumlah USD114 juta (RM570 juta) pada 2006.

Petikan berita pada tahun 2006 mengenai kapal selam mahal yg dibeli Najib tetapi tidak mampu menyelam

Apabila dihubungi, Bourdon berkata, pasukan peguamnya – yang sebelum ini dilarang memasuki negara ini pada 2011 selepas menghadiri majlis Suaram – ingin bertemu dengan Menteri Pertahanan baru, Mohamad Sabu secepat mungkin.

“Kita boleh datang ke Malaysia secepat bulan Julai, kami mahukan jaminan kerajaan baru bahawa kami tidak akan lagi dilarang memasuki negara ini.

“Kami bersedia untuk memberi taklimat kepada keseluruhan pentadbiran mengenai butir-butir dan keseluruhan kes itu dan kemas kini mengenai status kes itu di mahkamah Paris, Perancis.

Pembatalan larangan masuk ke Malaysia terhadapnya sedang diusahakan bagi membolehkan Bourdon yang kini berada di Afrika datang ke Putrajaya bagi membantu siasatan skandal berkenaan.

Pembelian dua kapal selam berkenaan dilakukan ketika Najib menjadi menteri pertahanan yang turut membawa kaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober tahun sama.sebelum ini semasa Najib menjadi Perdana Menteri protal RoketKini telah bongkarkan isu berkenaan kapal selam dan Atantuya ikuti artikel penuh dibawah

Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula

Kapal selam Scorpene dibeli lima belas tahun lalu, pada tahun 2002 daripada sekumpulan peniaga Perancis.

Dua eksekutif Perancis baru beberapa hari lalu telah didakwa di mahkamah kota Paris, berkait korupsi dalam penjualan kapal selam kepada negara. Mereka adalah Pihllippe Japiot, bekas pengerusi DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thales.

Japiot dilaporkan telah didakwa ekoran ‘salahguna aset sosial’ manakala yang lagi satu didakwa bersubahat.

Ada dua lagi sedang disiasat di Perancis berkait kes yang sama. Dominique Castellan, bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.

Kesemuanya terlibat dalam skandal penjualan dua buah kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 bilion kepada negara, sewaktu Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.

Ketika khabar mengenai kes kapal selam ini timbul semula, rata-rata media sosial hanya menyebut satu nama; Altantuya Shaariibuu.

Altantuya berfungsi sebagai jurubahasa dalam urusniaga kapal selam antara kerajaan dan peniaga-peniaga Perancis ini. Altantuya mati dibunuh dan jasadnya diletupkan dengan peledak C-4 oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Motif pembunuhan tidak diberitahu kepada mahkamah.

Khabar angin yang masih belum reda, mengaitkan Altantuyaa dengan Putrajaya. Rohnya tenggelam timbul bersama kapal selam penuh skandal. Seolah-olah skandal mega kleptokrasi global kecurian dana 1MDB tidak cukup untuk membuat Perdana Menteri tidak lena tidur, kes ini pula muncul kembali.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya terhadap perkembangan terbaru dari Paris ini menyenaraikan beberapa soalan yang mesti dijawab oleh Datuk Seri Najib Razak, sebagai mantan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam jual beli kapal selam tersebut 15 tahun lalu.

Paling menarik dalam senarai soalannya ialah tentang kesediaan Perdana Menteri itu untuk disiasat berikutan skandal tersebut.

“Adakah Najib bersedia untuk membentangkan kepada Parlimen Isnin hadapan ketika Dewan Rakyat kembali bersidang tentang dakwaan rasuah antarabangsa berkait skandal penjualan kapal selam kepada negara?” soal Kit Siang dalam kenyataan medianya.

Jika kerajaan mampu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian Bank Negara dalam skandal matawang asing 25 tahun lalu, kenapa tidak kerajaan bertindak serupa terhadap skandal Scorpene 15 tahun lalu? Begitulah soal Kit Siang.

Kita pastinya tidak berharap agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah berkait pembelian kapal selam ini.

Lagikan dalam hal skandal 1MDB pun Kit Siang hatta memberikan dalil Al-Quran kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, sehinggakan Tun Dr Mahathir pun terkejut.

“Saya terkejut, buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada Apandi yang mungkin dia tak pernah baca,” katanya di majlis rumah terbuka hari raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pulau Pinang, semalam.

Ayat Quran apa pula yang perlu dibacakan oleh Kit Siang kepada Najib Razak agar beliau tidak diganggu bayang-bayang kapal selam dan Altantuya. – Roketkini.com

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!