Home / kisah rumah tangga / Saya mengandung anak ke 9 Dalam umur saya 47 tahun -Saya bukan tidak bersyukur TAPI

Saya mengandung anak ke 9 Dalam umur saya 47 tahun -Saya bukan tidak bersyukur TAPI

Hide profile saya

Saya amt tertekan skang sampai tk boleh lelapkn mata
Saya mngandung ank ke 9
Dlm umur saya 47 tahun
Saya tak tahu mmg takde happy langsung
Saya bkn tidak bersyukur puas saya mngelak untuk tidk bersama suami malah tido pon sudah berasing

 

 

HIASAN TAK XDE KAITAN DENGAN CERITA

Allahuakbar saya tidak berdaya Saya rasa sgt berdendam ngan suami saya
Kerana umur dh lanjut masih mngamalkn pemakann tradisional untuk tmbh tenaga batinSaya isteri berdosa jika tidk mngikut kemahuan suami….Bile sudah ikutkan saya pula yg mgandung tnpa kerelaan saya…Saya malu yg amat kerana ade ank yg sudah berkahwin….Klu ikutkn hati mau saya gugurkn kandungan ni tanpa pengetahuan suamiSaya perlukn sokongan moral dari anda semua

 

respon fb

Nurul Syafierah Umie saya baru abis pantang umor 47tahun sme mcm kak la .. cucu dh 3org , ank 2org dh khawin trmasuk sy , ni baby yg ke 7 … kami semua happy sgt2 dgn kehadiran adik baru .. rezeki pon semakin bertambah ..

Lina Yanti 1. Seorang wanita 42 tahun datang klinik untuk routine maternity checkup. Usia kandungan baru 15 minggu. Kata dia, dia saja stop pil perancang bulan 12 tahun lepas. Tak sangka lekat pulak. Kata dia lagi, anak kedua dia bakal melahirkan anak lepas raya nanti. Dia ingatkan nak jaga cucu, tak sangka nanti kena jaga anak sendiri pulak hihi. Kata dia, dia meloya 4 bulan, suami asyik muntah2,check pregnancy test 4 bulan pun negative, tapi perut makin besar. Doktor rujuk untuk scan tengok2 dah ada kantung baby. Lepas habis scan dia malu nak balik rumah. Malam tu dia bagitau suami, suami dia seronok bukan main. Dia ja malu2 hihi.

2. Seorang remaja 16tahun. Masih bersekolah & kehidupan agak liar. Terlanjur bersama kekonon cinta hati sampai mati. Dah sah mengandung. Menangis dan keluarkan kata2 kesat. Kata dia, dia hanya nak seronok2 tak sangka jadi. Selama ni elok ja tak lekat. Astagfirullah. Saya hanya boleh nasihatkan sebab kalau marah pun tak berguna. Harap dia tak gugurkan anak itu. Ramai sangat yang mahu mengandung tapi tak dapat2.

3. Seorang wanita baru lepas kahwin bulan lepas. Bulan ni dah dapat tahu mengandung. Alhamdulillah. Seronok tengok riak wajah dia dan suami bila scan nampak kantung bayi & denyutan jantung. Ini momen paling best bila aku jaga klinik ibu anak. Belum bila dah nampak tangan kaki gerak & kadang2 ada rezeki nampak jantina baby. Seronok mereka, gembira lagi aku.

4. Seorang wanita 35 tahun. Berkahwin umur 23 tahun. Sudah 12 tahun menanti pregnancy test positive. Siap ambil anak angkat, siap buat bermacam jenis test, siap makan itu ini, jumpa ustaz dan sebagainya. Tapi masih negative. Allah belum masih mahu memberi rezeki anak untuk mereka. Tetapi alhamdulillah hubungan mereka laki bini bahagia even dgn anak angkat yang satu tu.

5. Seorang wanita 26 tahun. Berkahwin lepas spm. Sudah beranak tiga dan memutuskan untuk memotong tiub peranakan. Sebab ingat semua akan ok dan takmahu mengandung lagi. Mana tau allah mahu menguji, di usia 30, suami ceraikan dia. Tiga tahun lepas tu dia kahwin lain dan suami baru mahu anak. Allah punya nak uji. Tiub itu cuba disambung balik tapi penuh komplikasi. Dan suami baru pun ceraikan dia juga. Nauzubillah.

Cerita mengandung ni ada bermacam warna. Ada yang seindah pelangi, ada yang kelam suram & ada yang suam suam.

Tak semua orang gembira dengan kandungan. Tak semua orang bahagia bila ada anak. Tak semua orang mahu zuriat.

Tapi allah takkan beri atau takberi dengan sengaja. Pasti bersebab. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu.

Jika allah sudah kurniakan kamu anak, maka jagalah amanah yang satu itu sebaiknya. Dialah penyambung zuriat, dialah cermin ibu bapa dia.

Jika allah masih tidak mengurniakan zuriat lagi untuk kamu, maka bersabarlah. Berusahalah sehabis baik dan berdoa. Pasti ada sebab musabab kenapa masih belum ada anak. Mungkin allah masih rindu nak dengar rintih rayu kita.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ[2]

“Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yg membuatnya menjadi Yahudi Nashrani atau Majuzi.”

Redha & bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita sekarang.

Kerana kasut hidup kita takkan sama dengan kasut hidup orang lain🙃

Dr. Erna Nadia😊
#copypaste

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!