Home / sosial / Rosak akhlak! video pelajar perempuan bertudung lakukan sesuatu memalukan!

Rosak akhlak! video pelajar perempuan bertudung lakukan sesuatu memalukan!

Rosak akhlak! video pelajar perempuan bertudung lakukan sesuatu memalukan!  | Gejala maksiat serta rosak akhlak sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan. Jika dahulu jarang-jarang sekali melibatkan pelajar wanita dalam isu hisap rokok dan lain-lain tetapi hari ini hisap rokok di kalangan pelajar wanita perkara biasa di sesetengah masyarakat di kalangan kita.

sebuah video menjadi tular di media sosial menyaksiakan seorang pelajar perempuan memakai pakaian sekolah telah hisap rokok dibelakang bangunan namun tidak pasti di mana lokasi kejdian. saksikan video penuh dibawah

adakah anda rasa video diatas hanya perkara biasa? bolehkah anda terima jika  anak perempuan anda menghina rokok seperti dalam video tersebut?

cuba bayangkan ketika waktu ini beliau sudah pandai menghisap rokok apa yang bakal berlaku ketika usianya semakin meningkat? renung-renungkan

PUNCA DAN KESAN KERUNTUHAN AKHLAK

Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada,

malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawapunca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan,bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.

Selain itu,tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.

Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.

Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka.

Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan.

Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan akhlak.

Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti,mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

Seterusnya, pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku pararemaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup.

Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masaakan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.

Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.

Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat pentingdalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitukebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara.

Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budayaBarat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada dirimereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yangmendalam pada diri individu.

Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagiandan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat.

Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya.

Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah: Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku.

Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara.

Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihandadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.

Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masaakan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.

Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah: Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat.

Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.

Kesan Ke atas Negara

Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang.

Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yang akan berlaku ialah: Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.

Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat.

artikel ditulis : NORSYAMIMIE ALIA BT ABDULLAH

PERHATIAN !

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!