Home / semasa / Ribut pasir semakin kencang di Mekah, Pelakon Betty Benafe mohon doa rakyat Malaysia

Ribut pasir semakin kencang di Mekah, Pelakon Betty Benafe mohon doa rakyat Malaysia

Ribut pasir semakin kencang di Mekah, Pelakon Betty Benafe mohon doa rakyat Malaysia
Ribut pasir semakin kencang di Mekah, Pelakon Betty Benafe mohon doa rakyat Malaysia

Ribut pasir semakin kencang di Mekah, Pelakon Betty Benafe mohon doa rakyat Malaysia | PELAKON, Betty Benafe, 39, yang kini sedang menunaikan ibadah haji berkongsi pengalaman keadaan ribut pasir yang melanda Tanah Suci Makkah di Instagramnya.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, Betty menjelaskan keadaan angin kuat dengan berlatarbelakangkan Kaabah dan jemaah yang berada di dalam Masjidil Haram.

“Ini malam terakhir sebelum ke Arafah esok pagi. Ada ribut debu dan kita dapat lihat, plastik berterbangan,” katanya dalam video itu.

Video dirakamkan oleh rakannya yang juga pelakon, Zahida Rafik itu disertakan dengan kapsyen memohon doa daripada pengikut-pengikut di Instagramnya.

Rakaman dimuat naik enam jam lalu itu menerima hampir 55,000 ‘like’ dan lebih 100 komen daripada pengikut dan rakan-rakan artis.

Antara artis menulis komen dan mendoakan keselamatannya sepanjang menunaikan ibadah haji adalah Datin Paduka Umie Aida, Yasmin Hani, Sharifah Shahirah, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Kejadian ribut pasir jarang berlaku ketika musim panas itu juga membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk wukuf di Padang Arafah lewat petang semalam.

Angin kencang itu turut merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah.

Ribut Arafah: Semua jemaah Malaysia selamat

KUALA LUMPUR – Semua jemaah haji Malaysia di Arafah dalam keadaan selamat selepas ribut melanda kawasan itu lewat petang semalam.

Malah, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Lembaga Tabung Haji berkata, ribut di Arafah bermula pukul 6.30 petang sehingga 8 malam waktu Arab Saudi.

“Semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah.

“Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” menurut Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia menambah, pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.

Bekalan letrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10.45 malam.

Tambahnya, waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah. – MalaysiaGazette

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!