Home / sosial / remaja perempuan cuba bunuh diri AKIBAT berpisah dengan teman lelaki

remaja perempuan cuba bunuh diri AKIBAT berpisah dengan teman lelaki

remaja perempuan cuba bunuh diri AKIBAT berpisah dengan teman lelaki

AKIBAT berpisah dengan teman lelaki, remaja perempuan cuba bunuh diri dengan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, malam tadi.

Bagaimanapun, remaja 18 tahun itu diselamatkan anggota kereta Unit Peronda Polis (MPV) dalam kejadian 10.45 malam itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebaik menerima laporan daripada orang awam, anggotanya segera ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika sampai, polis mendapati seorang perempuan cuba terjun ke Sungai Kelantan dari jambatan itu.

ANGGOTA bomba dan penyelamat termasuk polis mengawal keadaan di Jambatan Sultan Yahya Petra, lokasi seorang remaja perempuan cuba membunuh diri. FOTO NSTP/IHSAN PEMBACA

“Perempuan itu meronta-ronta dan menjerit sebelum anggota bertugas bersama orang awam cuba memujuknya. Kita berjaya memujuk mangsa dalam tempoh setengah jam sebelum tangkapan dibuat.

“Hasil siasatan mendapati mangsa cuba membunuh diri kerana berpisah dengan teman lelaki.

“Mangsa juga tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan akuan mulutnya dia berasal dari Kampung Banggol, Jalan PCB,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perempuan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut sebelum dibawa ke Balai Polis Kota Bharu.

 

respon fb

Siti Aishah Hang nak bunuh diri sebab teman lelaki !!!!! Hang rela korbankan nyawa hang utk lelaki yang belum sah suami hang !!! Pernah hang pikiaq mak pak hang besaqkan hang utk apa ?!!! Hang nak bunuh diri . Yang laki tu biaq bersuka rela !!!! Sepatutnya bila dah putus !!! Hang bangkit . Hang bangun ! Hang capai cita2 hang .hang kejar impian hang ! Hang biaq diri hang berjaya! Hang buktikan diri hang lebih wawwwww!!! Bukan hang biaq diri hang terumbang ambing !!!! Sekarang ni pun dia tinggalkan hang. Nanti dah kahwin silap2 senang2 bercerai berai !!!

Roni Power Budak2 under age x payah gatal asam keping la nak bercinta. Korang mental level bdk skolah rendah. Dah test jiwa kental ke tak ko men ML dulu. Rasa mcm mane team mate ko 2 3 ekor afk.

Waddy Md Noor bagus bdk ni,hati beliau sgguh cekal..xpe dik,pasni cuba telan racun tikus lak..kbiasaan rekod arwah2 yg telan racun tikus ni skjp je dorg leh mati,pasni wat snyap2 jgn gtau sape2..

Imran Aduka Seb baik la ko dtinggalkan time ko blom ada ank2 n blom nikah..kalau kau ditinggalkan time ko dah beranak 5,setahun sorang ank ko…lg la sadis….,semoga ko diberi hidayah dekk…

Mohd Iezwone Shah kumbe mmg bkn sekor..da tu kalo jenis kumbe merosakn bunge…jenis plk bunge xley terime hakikat…done backup dik..jgn lupe bankin..

Nur Haliza dik hang baru 18 . esok sok hng makin tua esok hang akan rasa malu dengan tindakan hang ni dik. . kak bukan spa sapa nak nasihat kan hang. semoga hang diberi hidayah dik

 

Hayati Evriana Bangun Baru umur 18 tahun.mcm je x de jantan lain kt luar..lain kali klau putus cinta buktikan kat ex tu kita boleh dpt lebih sgalanya dri dia bukan trjun nk mati..Otak letak kt telapak kaki tu jdi bengong lebih tu

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!