Home / kesihatan / Rasa nak putus nyawa selepas minum kopi campur clorox

Rasa nak putus nyawa selepas minum kopi campur clorox

Rasa nak putus nyawa selepas minum kopi campur clorox | PETALING JAYA: Gara-gara terpedaya dengan keberkesanan kopi yang didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit sekali pun diminum bersama cecair peluntur, seorang wanita terpaksa dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.

Ibu kepada empat cahaya mata itu bukan sahaja mempertaruhkan nyawanya, malah nyawa anaknya yang berusia lapan tahun apabila diminta oleh seorang peniaga untuk minum kopi jenama G****** yang dicampur cecair peluntur pada Khamis lalu.

Siti Hajar Abdullah (gambar), 30, yang berasal dari Gua Musang, Kelantan berkata, dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang ketara selepas minum campuran kopi dan cecair peluntur tersebut, sebaliknya mendakwa mula berasa sesak nafas seminggu selepas itu (semalam).

Ketika ditanya mengapa dia mudah mempercayai kata-kata peniaga tersebut, Siti Hajar berkata: “Saya pun tidak tahu kerana saya ni orang kampung sahaja, saya tidak tahu yang minum peluntur itu bahaya.

“Semalam (Khamis) baru saya rasa sesak nafas dan seperti ‘putus’ nyawa. Anak yang berusia lapan tahun pun turut ikut saya minum sekali.

“Saya segera menghubungi suami untuk memberitahu tentang keadaan saya dan suami bawa saya ke hospital untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Anak lelaki Siti Hajar berusia lapan tahun yang turut minum kopi dicampur dengan cecair peluntur.

Tambah Siti Hajar, dia mengaku terpengaruh dengan dakwaan yang dibuat oleh peniaga mengenai manfaat kopi tersebut yang boleh merawat pelbagai penyakit.

Menurutnya, akibat sesak nafas dia dimasukkan ke hospital selama sehari sebelum meminta kebenaran daripada doktor untuk pulang.

“Doktor tak tolak kemungkinan ini kesan sampingan kerana saya mempunyai penyakit buah pinggang, jantung dan darah tinggi,” jelasnya.

Wanita tersebut mendakwa telah membeli tiga kotak kopi berkenaan yang dijual pada harga RM95 sekotak.

Sementara itu, suami Siti Hajar, Mohd Fauzi Zakaria, 39, telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengasas kopi terbabit.

“Pada asalnya saya tidak tahu isteri saya minum kopi dengan cecair peluntur kerana saya tidak berada di rumah ketika kejadian.

“Lepas saya tahu mengenai perkara ini, saya marah isteri sehingga tidak bertegur dengan dia,” katanya.

Susulan kejadian, Siti Hajar cuba mendapatkan penjelasan daripada rakan yang memperkenalkan produk itu kepadanya.

Kopi tersebut dijual pada harga RM95 sekotak.

Namun, rakannya bukan sahaja enggan bertanggungjawab malah meminta agar Siti Hajar tidak terlalu memikirkan mengenai perkara ini.

“Dia kata jangan percaya komen negatif yang ditulis di Facebook kerana “biasalah ada orang nak tutup periuk nasi mereka”, mereka kan berniaga.

“Saya risau (kesihatan) anak saya pula sebab dia pun minum juga,” tambah Siti Hajar.

Pada Khamis, mStar Online melaporkan, terdapat peniaga dalam talian berani mempertaruhkan nyawa pelanggannya demi membuktikan kopi yang dijual oleh mereka itu mujarab.

Pengendali laman Facebook kopi tersebut turut memuat naik beberapa video yang menampilkan pelanggan berbeza minum kopi yang dicampur cecair peluntur.

Minuman yang dijual pada harga RM95 sekotak itu didakwa sejenis kopi antiracun dan antikanser, selain mampu membantu menurunkan kadar gula dalam darah serta merawat batu karang.

KECOH DI PAGE KHAIROL YOI

Ni lah masalah bila consume produk sampah

Bila naif, founder dan seller ambil kesempatan. Disuruhnya telan kopi ngan clorox. Bila jadi bukan2 kat customer, dia ugut pulak customer suruh diam. Kalau bukak mulut, SAMAN! Bukannya dia nak bertanggungjawab!

Wei cik kak, produk kau jual tu tak berdaftar dengan KKM. Brani ke nak saman orang. Silap2 kau yang kena saman ngan KKM nanti. Nak kena proceed report ke KKM ke?

 

Image may contain: 1 person, closeup

Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 2 people

KHAIROL YOI MENGAJAK SEMUA NETIZEN MEMBUAT ADUAN KEPADA MENTERI BERKENAAN

Skuad, kita ada kerja nak buat ni. Sila tunjukkan semangat dan kuasa anda sebagai pengguna bijak! Kita ada benda nak lapor kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan report, sebab agent cakap ada kelulusan KKM, dan buat tuntutan perubatan sedangkan bila check tak berdaftar pun dengan KKM. Sila buka email anda, dan emailkan kepada

aduanproduk@moh.gov.my

Kemudian, copypaste aduan di bawah, kemudian send kepada aduanproduk@moh.gov.my . Jangan lupa sertakan gambar sekali.

Assalamualaikum,

Tuan, beberapa hari ini ada beberapa iklan produk minuman kopi yang viral di media sosial di mana founder dan agent produk tersebut menyatakan bahawa kopi Green 35 adalah lulus KKM dan bertindak sebagai anti kanser dan anti racun. Bahkan, pengguna disuruh mencampurkan minuman tersebut bersama cecair peluntur CLOROX sebagai testimoni.

Selaku pengguna bijak yang cakna tentang amaran-amaran dari pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA berkenaan produk ‘overclaim’, saya ingin membuat laporan berkenaan satu profil di Facebook iaitu Liza Kosmetik ( nombor telefon : 01125491379 ) dan Mohd Faiz Bin Ibrahim ( nombor telefon : 0111 0646470 ) yang menjual produk minuman kopi Green 35 tersebut. Hasil siasatan mendapati produk itu tidak berdaftar di bawah MAL.

Selain itu, produk Green 35 ini dikatakan boleh merawat beberapa penyakit kronik. Mangsa-mangsa terdiri daripada warga tua dan orang-orang kampung serta pedalaman yang kurang cakna tentang media sosial.

Untuk pengetahuan pihak tuan, pengasas produk tersebut tidak berani menampilkan diri setelah beberapa pengguna mengalami masalah kesihatan selepas minum kopi tersebut bersama CLOROX. Bahkan, pengasas dan agent sendiri iaitu Liza Kosmetik telah mengugut akan mengenakan saman kepada pengguna tersebut sekiranya memberitahu hal sebenar kepada orang ramai.

Saya berharap pihak tuan akan memberi perhatian kepada perkara ini. Hal ini kerana saya tidak ingin lebih ramai pengguna tertipu dan menjadi mangsa. Dan saya berharap pihak tuan akan mengenakan tindakan yang tegas terhadap sesiapa yang menjual produk memudaratkan ini.

Sekian, terima kasih.
– Skuad Pengguna Bijak –

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!