Home / kisah / ramai pasangan kekasih berkhalwat dan tidak berpuasa dibulan mulia

ramai pasangan kekasih berkhalwat dan tidak berpuasa dibulan mulia

 

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menahan tujuh individu membabitkan kesalahan makan dan minum di tempat awam pada bulan puasa sejak awal Ramadan ini.

Turut ditahan seramai tujuh individu lagi kerana disyaki berkhalwat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, Mahdi Al-Hilmy Arshad berkata, kedua-dua operasi tangkapan berkenaan dilakukan bermula hari pertama puasa sehingga Rabu lalu.

“Tangkapan untuk yang tidak berpuasa dilakukan di restoran, pusat snuker dan gerai makan di sekitar Meru, Klang dan Shah Alam, manakala tangkapan khalwat dilakukan di hotel dan rumah tumpangan di sekitar Lembah Klang.

“Semua tangkapan dibuat hasil aduan orang ramai dan kita sedang menyiapkan kertas siasatan untuk proses pendakwaan di Mahkamah Syariah.

“Kesemua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 27 hingga 30-an,” katanya ketika ditemui di Shah Alam.

Beliau berkata, tangkapan terhadap individu yang tidak berpuasa dibuat mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kes khalwat pula, kes disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan” katanya.

Mahdi berkata, selain aduan orang ramai, penguatkuasa JAIS di sembilan daerah juga melakukan rondaan bagi memantau kegiatan tidak bermoral di bulan Ramadan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang melihat sebarang kesalahan syariah untuk segera membuat aduan dengan menghubungi hotline penguatkuasa JAIS di talian 1-800-88-2424.

respon fb

Izhan Sawalha Yg kena tangkap kes KHALWAT di bulan puasa tu… Macam mana nak jadi ketua keluarga.. Bulan puasa SETAN… IBLIS… dah kena ikat.. rupanya diri sendiri yang jadi SETAN..

Snash Fadzilhussain mcm mana agama lain nk respect org islam, org islam sendiri x tunjuk contoh yg baik. memalukan betul.

Udin Udin Udin Udin Jaga 5 perkara sebelum datang 5 perkara…. Bulan puasa pergi masjid dapat pahala.. Buat maksiat dapat dosa… Bila buang anak baru la nk takut dosa.

Muhd Azrie Bulan Ramadhan setan pun berpuasa dari buat jahat dan menghasut manusia berkelakuan jahat..Kalau mcmni gayanya, setan pun terkejut tgk ko dik..!

En Hamdan Astargfirullah.. spttnya di bulan yg mulia ni perbanyakan lah ibadah..

Tokou Tokou Bogia Tii Zaman skrng mana boleh prcya 10sen pun blh kena tipu kahkahkah.

Fauzi Poji Agak-agak lah… Hari baik bulan baik ni, jaga tingkah laku. Syaitan memang terikat tapi nafsu bebas. Latih kawal nafsu. Semoga segera sedar atas kesilapan dan bertaubatlah
#peringatandirisendiri

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!