Home / politik / Rafizi Vs Azmin Ali? Ini respon mengejutkan dari Anwar Ibrahim

Rafizi Vs Azmin Ali? Ini respon mengejutkan dari Anwar Ibrahim

Rafizi Vs Azmin Ali? Ini respon mengejutkan dari Anwar Ibrahim

Rafizi Vs Azmin Ali? Ini respon mengejutkan dari Anwar Ibrahim | KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya tidak perlu ada pertan­dingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Memetik laporan portal Utusan Online, Anwar berkata, cadangan itu pernah diutarakan kepada Rafizi Ramli supaya tidak perlu ada pertan­dingan bagi jawatan nombor dua tersebut, namun memahami hujah bekas Ahli Parlimen Pandan itu untuk bertanding dan melihat perkara itu sebagai amalan demokrasi.

Malah, menurutnya, beliau sendiri telah bercakap serta mendengar alasan dan hujah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi berhubung hasrat mereka menjadi orang kanannya.

Namun, beliau tidak mahu menyebelahi mana-mana kem dalam pemilihan PKR kerana tindakan itu boleh memudaratkan parti.

Anwar menganggap Azmin dan Rafizi berada di dalam ‘kem Anwar’.

“Saya tengok kedua-dua mereka itu kem saya. Mohamed Azmin adalah penyandang, apabila ada orang mencabarnya pasti ada menganggap saya yang memberi laluan tetapi sebenarnya tidak.

“Saya tidak bo­leh menyatakan jangan kalau dia (Rafizi) ada hujah yang mahu diutarakan. Apa saya mampu lakukan adalah menasihatkan calon supaya jangan taksub dan terikat de­ngan puak kerana boleh menghalang parti memilih pemim­pin terbaik,” katanya dalam temu bual di pejabatnya, di sini semalam.

Kira-kira 800,000 ahli PKR akan mengundi dalam pemilihan PKR selama tiga minggu mulai pertengahan September ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, ‘dua kem’ yang wujud itu sentiasa mengharapkan panduan daripadanya dan beliau memberi isyarat bahawa perjuangan parti harus dipertahankan.

Beliau turut meletakkan sya­rat bahawa setiap calon tidak membuat serangan peribadi dan menyalahgunakan kuasa untuk meraih undi memandangkan kebanyakan yang bertanding kini mempunyai jawatan penting dalam kerajaan.

Berdasarkan pengalamannya selama 16 tahun dalam Umno, Anwar mengakui tidak mudah menghalang perbezaan panda­ngan dalam parti, namun me­nganggap ia boleh dielakkan sekiranya pemimpin tertinggi sendiri tidak berpuak-puak.

“Saya sebagai ‘bapa’, harus mendukung ahli dan menganggap semua yang bertanding sebagai satu pasukan dan harus memberi peluang kepada mereka,” katanya.

video sekadar hiasan sumber artikel sinar harian

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!