Home / hiburan / PU Amin terkedu kena kecam penunggang agama!

PU Amin terkedu kena kecam penunggang agama!

Nama PU Amin kini dikenali ramai kerana keberanian beliau dalam menyuarakan bantahan secara terang-terangan terhadap isu LGBT. Dia juga sering menegur artis-artis yang kadang-kadang lupa dengan batas yang perlu dijaga.
PU Amin dilanda kontroversi baru

Namun begitu, baru-baru ini sebuah teguran yang diberikan oleh PU Amin di laman Twitter peribadinya mendapat tentangan hebat daripada orang ramai. Sepertimana yang kita tahu, kutipan filem tempatan semakin menaik dan mendapat sokongan ramai.

PU Amin secara tiba-tiba memuat naik status dibawah sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Wayang win, masjid miskin

PU Amin membandingkan jumlah kutipan tiket wayang berbanding dengan jumlah kutipan derma di masjid. Setelah mendapat pelbagai kecaman, beliau cuba meredakan keadaan namun nasi sudah menjadi bubur, terlajak perlahu boleh diundur terlajak kata badan binasa.
Cubaan PU Amin meredakan keadaan

PU Amin cuba menerangkan bahawa kata-kata beliau hanyalah sekadar mengingatkan orang ramai agar mengeluarkan jumlah yang sama dalam bersedekah sepertimana kita keluarkan duit dalam berhibur.

Apa pula kata netizen? Sudah tentu saja ramai yang marah. Lihat di bawah:

Menurut seorang lelaki yang bernama Fahmi, kutipan masjid kadang-kadang mencecah lebih RM 100,000. Memang betul bukan semua masjid dapat kutipan macam ni, tapi kalau gabungkan kutipan dari seluruh masjid yang ada di Malaysia ni mungkin boleh lawan kutipan wayang!

Tapi dengan kutipan yang sebanyak ini, ada juga yang mempersoalkan ke mana duit-duit itu pergi?
Masjid pegang duit derma

Nampaknya walaupun masjid mempunyai kutipan derma yang tinggi, namun ada beberapa pihak yang tidak ingin menggunakan duit tersebut demi kebajikan masyarakat. Tidak tahulah menyimpan untuk tujuan apa duit-duit yang ada tu.
Gunakan ke arah kebaikan

Betul kata saudari Farahin di atas. Seeloknya duit derma itu disalurkan kepada perkara-perkara yang memberi manfaat kepada masyarakat. Hidupkan masjid, barulah dapat mengajak orang ramai datang ke masjid.
Jangan bandingkan
Akhir kata, janganlah kita membandingkan kutipan sebegini, sebab kita sendiri tidak tahu ada yang bersedekah hingga ribuan ringgit. Tapi mereka tidak memberitahu sesiapa, kerana bukankah lebih baik kalau tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu?

Jangan mempersoalkan perkara sebegini, masih ramai yang bersedekah di masjid. Kalau tidak kutipan tidak akan berjaya mencecah ratusan ribu ringgit seperti gambar di atas. Semoga semuanya terus istiqamah dalam menderma dan mendapat rahmat Allah.

Sumber: Muhammad Fahmi /ohmymedia.cc

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!