Home / hiburan / (PPIM) mendakwa pihaknya menerima rungutan berdasarkan trailer filem Dukun

(PPIM) mendakwa pihaknya menerima rungutan berdasarkan trailer filem Dukun

 

Inikah Perjuangan Sebenar PPIM selepas Yusuf Azmi keluar?

PRESIDEN Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa pihaknya menerima rungutan berdasarkan trailer filem Dukun dipercayai mempunyai babak tidak sesuai ditayangkan kepada remaja.

Apatah lagi filem itu diklasifikasikan untuk tayangan 13 tahun ke atas kerana mempunyai unsur seram, tahyul dan keganasan.

Klasifikasi P13 merujuk filem memerlukan penonton berumur di bawah 13 tahun diberi pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

Ada ibu bapa agak risau dengan keluarnya filem yang berbelas tahun tak keluar tetapi nampaknya ramai yang menunggu.

“Ini filem sensasi jika dilihat di segi promosinya boleh membawa kegusaran kepada ibu bapa dan pendidik yang mempersoalkan kenapa klasifikasinya untuk 13 tahun ke atas kerana ia mungkin boleh bawa kesan negatif.

Katanya, isu itu antara dilihat menarik perhatian umum kerana filem klasifikasi P13 biasanya mengandungi unsur seram, aksi negatif, suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan,” katanya.

Beliau memohon pihak berkaitan dapat memperincikan kembali klasifikasi tontonan kepada P18 yang dianggap lebih sesuai berbanding sekarang.

Beliau berkata pada sidang media tergempar di ibu pejabat PPIM, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, penerbit dan pengarah filem selaku Penasihat Industri Kreatif PPIM, Ahmad Idham.

Filem Dukun mengisahkan seorang dukun melakukan pembunuhan kejam sepatutnya ditayangkan pada 2006 namun ditarik keluar dari pawagam atas sebab tidak diketahui dan akan ditayangkan Khamis ini.

Pengumuman penayangan dan kemasukan filem arahan Dain Said itu ke pawagam tempatan hanya diketahui semalam.

.malaysianbaru.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!