Home / semasa / Polis temui Peti besi berusia 20 tahun di rumah Najib namun tak sangka ini yang berlaku!

Polis temui Peti besi berusia 20 tahun di rumah Najib namun tak sangka ini yang berlaku!

Polis temui Peti besi berusia 20 tahun di rumah Najib namun tak sangka ini yang berlaku! | DUA tukang kunci dilihat memasuki kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, pada 2.30 petang tadi.

Kehadiran tukang kunci berkenaan dipercayai antara proses penggeledahan di kediaman bekas Perdana Menteri yang dilakukan polis sejak malam tadi.

Difahamkan, polis menemui sebuah peti keselamatan di kediaman berkenaan pagi tadi, namun ia tidak dibuka.Difahamkan, kunci bagi peti besi yang dianggarkan berusia 20 tahun itu dipercayai hilang dan kehadiran dua tukang kunci terbabit untuk membuka peti besi berkenaan.

Polis mula menggeledah kediaman Najib pada 10.15 malam semalam selepas tiba dengan puluhan kereta dan sebuah lori.Peguam Najib Harpal Sing Grewal berkata, pasukan polis merampas tiga hingga empat kotak barangan mengandungi beg tangan, hadiah, dan barang peribadi.Harpal yang ditemui mendakwa tiada dokumen dirampas.

Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru

Selepas 18 jam menggeledah banglo kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, petang tadi trak Black Maria polis beredar dengan membawa kotak berwarna biru gelap berserta seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki berkenaan duduk di bahagian belakang trak yang lazimnya mengangkut tahanan ke penjara atau mahkamah bersama seorang anggota polis.

Walaupun diajukan soalan berulang kali, lelaki yang tidak digari itu enggan mengenal dirinya kepada media.

Kenderaan Black Maria itu diiringi oleh dua anggota polis bermotosikal dan sebuah kereta polis. Malaysiakini tidak dapat memastikan hala tuju kenderaan itu yang beredar dalam keadaan hujan lebat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh sebelum ini mengesahkan tindakan polis itu, namun enggan mengulas lanjut.

Puluhan media tempatan dan antarabangsa masih ‘berkampunǵ di kawasan itu sejak petang semalam bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi berkenaan.

Orang awam turut dilihat memperlahankan kenderaan bagi mengambil dan merakam gambar suasana persekitaran kediaman bekas perdana menteri itu.

Sejak semalam, lebih 10 kenderaan polis termasuk trak dilihat tiba di kediaman Najib pada kira-kira 10.15 malam tadi selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Beliau berkata Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanakan dan tiada tangkapan dibuat.

Sebuah lagi kediaman peribadi Najib iaitu apartmen mewah di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur turut menjadi lokasi serbuan polis.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan, hari ini berkata pihak polis mempunyai alasan untuk menyerbu banglo Najib dan berkata proses itu adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard polis.

Di pihaknya, Mahathir berkata beliau tidak ada mahu polis “menyeksakan” mana-mana orang dan bahawa semua kes perlu disiasat mengikut undang-undang.

Selasa lalu, Dr Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB.

Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir menumbangkan kerajaan BN pimpinan Najib pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!