Home / semasa / Polis rampas 72 beg berisi wang tunai, barangan kemas dan jam berjenama serta beg tangan bernilai Ratusan ribu milik Najib

Polis rampas 72 beg berisi wang tunai, barangan kemas dan jam berjenama serta beg tangan bernilai Ratusan ribu milik Najib

Polis rampas 72 beg berisi wang tunai, barangan kemas dan jam berjenama serta beg tangan bernilai Ratusan ribu milik Najib | KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).”Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” katanya.

Beliau berkata, polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Terdahulu lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.

Gagal buka peti besi Najib

PROSES penggeledahan polis di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur dihentikan, 9.30 malam tadi.

Proses itu berlarutan hampir 24 jam selepas polis mengambil keputusan untuk membuka peti besi lama milik keluarga Najib yang terletak di tingkat satu kediaman terbabit.

Polis terpaksa menggerudi peti besi berkenaan susulan kunci peti besi terbabit dikatakan hilang dan tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu selain memanggil beberapa tukang kunci untuk membukanya.

Sumber berkata, proses penggerudian yang dilakukan sejak 8.30 pagi semalam dihentikan 9.30 malam tadi sebelum enam kenderaan dinaiki pasukan polis serta seorang lelaki dipercayai tukang kunci keluar meninggalkan kawasan kediaman pada 9.55 malam.

Difahamkan, peti besi berkenaan masih gagal dibuka dan proses untuk membukanya akan disambung hari ini.

Terdahulu, peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal, memberitahu kunci peti besi berkenaan sudah hilang menyebabkan pihak polis terpaksa menggerudinya untuk mengenal pasti isi kandungannya.

“Tiada barang berharga di dalam peti besi itu.

“Namun tindakan polis menggerudi dalam jangka masa panjang menimbulkan gangguan yang menjejaskan ketenangan di kediaman keluarga Najib,” katanya.

Beliau berkata, tindakan polis melakukan penggeledahan bermula 10.15 malam kelmarin hingga ke semalam turut memberi tekanan kepada keluarga dan staf yang berada di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pada sidang media tadi mengesahkan peti besi berkenaan belum berjaya dibuka.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!