Home / politik / PH akan menghapuskan GST, Memansuhkan Tol berperingkat dan mansuhkan beberapa undang-undang yang tindas rakyat – Mahathir

PH akan menghapuskan GST, Memansuhkan Tol berperingkat dan mansuhkan beberapa undang-undang yang tindas rakyat – Mahathir

PH akan menghapuskan GST, Memansuhkan Tol berperingkat dan mansuhkan beberapa undang-undang yang tindas rakyat - Mahathir
PH akan menghapuskan GST, Memansuhkan Tol berperingkat dan mansuhkan beberapa undang-undang yang tindas rakyat – Mahathir

PH akan menghapuskan GST, Memansuhkan Tol berperingkat dan mansuhkan beberapa undang-undang yang tindas rakyat – Mahathir | KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Anti-berita Tidak Benar 2018, sekiranya mereka menawan Putrajaya.

Pengerusi PH itu turut menyatakan ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Dakwanya undang-undang tersebut bersifat zalim dan menindas rakyat.

“Kita juga akan memansuhkan peruntukan zalim yang terdapat dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015, katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Hadir sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir: Tol akan dimansuh secara peringkat

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menjelaskan mereka tidak akan memansuhkan kutipan tol secara serentak, sebaliknya ia akan dilakukan secara berperingkat, jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kutipan tol hanya akan dimansuhkan berdasarkan kontrak yang kerajaan tandatangan dengan syarikat konsesi.

“Kutipan tol akan dimansuhkan berdasarkan kontrak dengan syarikat konsesi,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Parlimen hari ini.

Manifesto PH yang diumumkan bulan lepas antara lain berjanji akan memansuhkan kutipan tol, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta mengembalikan subsidi minyak untuk rakyat.

Bagaimanapun, pada sebuah forum Ahad lalu, Dr Mahathir membangkitkan beberapa kebimbangan tentang kebolehan gabungan pembangkang itu untuk memansuhkan kutipan tol.

Dr Mahathir berkata, berdasarkan pengalamannya mengetuai kerajaan selama 22 tahun, beliau tahu hasil kutipan tol boleh digunakan untuk menyelenggara dan memperluaskan jalan.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat Malaysia harus berfikir 2 kali sebelum mengadu tentang kadar tol tinggi kerana mereka tidak perlu membayar tol sebanyak negara lain.

Menyifatkan kadar tol di Malaysia antara terendah di Malaysia, Dr Mahathir memberi contoh jambatan di Jepun yang mengenakan bayaran tol sangat mahal, di mana pengguna terpaksa membayar RM270 untuk perjalanan sehala.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir bersuara mengenai isu tol.

Januari lepas, Dr Mahathir mempertahankan dasar pentadbirannya dahulu untuk mengutip tol daripada pengguna jalan raya selepas digelar “bapa segala tol” oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!