Home / semasa / pertikaikan institusi diraja, Peguam ini bukan calang-calang lihat siapa di belakangnya yang membuatkan beliau kebal

pertikaikan institusi diraja, Peguam ini bukan calang-calang lihat siapa di belakangnya yang membuatkan beliau kebal

pertikaikan institusi diraja, Peguam ini bukan calang-calang lihat siapa di belakangnya yang membuatkan beliau kebal | KUALA LUMPUR: Fadiah Nadwa Fikri yang disoal siasat selepas didakwa mempersoalkan institusi diraja hari ini berkata beliau tidak berseorangan semasa berdepan tindakan undang-undang.

Peguam itu hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Brickfield bersama peguam Ragunath Kesavan, Farhana Halim dan Quratul Ain dan masuk 4.00 petang tadi untuk disoal siasat.

Dia disambut oleh 50 aktivis daripada badan-badan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4), dan Parti Sosialis Malaysia di luar balai polis hari ini.

Sebelum masuk disoal siasat, Fadiah berkata dia menerima beratus-ratus mesej menyatakan sokongan dan seterusnya membidas siasatan ini.

“Kata negara demokrasi tetapi pihak berkuasa kebal tidak boleh terima kritikan dan rampas hak bersuara…kalau kita tak suara bila lagi?” katanya.

Fadiah disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana satu artikel yang disiarkan di satu blog 9 Julai lepas, yang didakwa mempersoalkan institusi diraja.

Artikel itu dikatakan mengulas pertemuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.

Artikel itu mengundang kecaman daripada Perkasa dan Umno.

 

UPDATE : Mengapa Malaysia Baru guna Akta Hasutan, soal Fadiah

Fadiah Nadwa Fikri tertanya mengapa “Malaysia Baru” yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan masih menggunakan Akta Hasutan, selepas dia disiasat kerana satu artikel yang didakwa mempersoalkan institusi diraja.

Peguam itu disoal selama lebih kurang 1 jam di Balai Polis Brickfields hari ini bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Fadiah mempertahankan penulisannya dan berkata rakyat juga berhak menilai dan mengkritik artikel itu.

“Saya tak terkejut disiasat polis tetapi penggunaan Akta Hasutan oleh pihak berkuasa adalah tidak sihat untuk negara lebih lagi diperintah kerajaan baru,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Brickfield.

Artikel itu dikatakan mengulas pertemuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.

Ia mengundang kecaman daripada Perkasa dan Umno.

Fadiah disoal dari 4.00 petang dan melangkah keluar pada 5.15 petang. Dia tampil bersama peguam Ragunath Kesavan, Farhana Halim dan Quratul Ain.

Beliau mendedahkan dia disiasat selepas 2 laporan polis dibuat terhadapnya oleh seorang pelajar dan Perkasa.Menurut peguam ini, dia tidak menjawab 2 soalan yang ditanya polis dalam sesi tadi.

“Satu soalan mengenai adakah cuba menghasut rakyat untuk jatuhkan sistem monarki. Soalan kedua, adakah penulisan saya cuba menyakitkan hati sesiapa.

“Dua soalan itu saya hanya akan jawab jika kes di bawa ke mahkamah. Di mahkamah lebih sesuai untuk saya jawab bukan di sini. Saya ada hak sebab saya baru suspek,” katanya.

Fadiah mendedahkan dia ada menerima ancaman kekasaran kerana penulisannya itu.“Saya mesti pertahankan diri saya. Saya sedang meneliti untuk membuat laporan polis,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!