Home / semasa / Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tak sah, lelaki berusia 41 tahun melarikan diri – Dr Wan Azizah

Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tak sah, lelaki berusia 41 tahun melarikan diri – Dr Wan Azizah

Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tak sah, lelaki berusia 41 tahun melarikan diri | Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan bahawa perkahwinan yang tular di media sosial antara lelaki berusia 41 tahun dengan budak perempuan, 11 tahun itu tidak sah dari segi undang-undang.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Katanya, perkahwinan itu tidak mendapat kelulusan mahkamah untuk bapa budak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang lebih tua serta dia masih dibawah umur.

“Perkahwinan itu tidak sah dan mereka mesti dipisahkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jamuan Tertutup Eksklusif Sambutan Aidilfitri Bersama 2,000 Anak Yatim Asnaf 2018 anjuran Insaf Malaysia di Stadium Mini Setiawangsa, hari ini.

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.
Advertisement

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata usaha pegawai kementeriannya untuk menjejaki individu 41 tahun itu gagal apabila individu tersebut telah melarikan diri dan tidak dapat dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata kes perkahwinan tersebut perlu dilihat secara holistik sama ada terdapat unsur-unsur seperti pedofilia, eksploitasi kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.

Jelas Dr Wan Azizah lagi, sudah tiba masa untuk menaikkan had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun. – Bernama

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!