Home / kisah rumah tangga / perangai boros laki aku ni.. seminggu ni dia shopping barang2 nak raya habis dah rm8k.

perangai boros laki aku ni.. seminggu ni dia shopping barang2 nak raya habis dah rm8k.

Dia call aku terlambat pickup pun dia tuduh aku keluar rumah bawak balik jantan masuk rumah lah bagai AstaghfirullahSalam min.. aku nak mintak pendapat warga krt.. macam mana nak settle perangai boros laki aku ni.. seminggu ni dia shopping baju , kasut dan barang2 nak raya habis dah rm8k. Bila dia tengok2 balik semua resit mengamuk2 dekat aku macam orang gila. Sedangkan aku cuma mintak duit sikit nak pergi klinik sebab aku sakit gigi, itu pun aku tak mintak dia teman aku pun sebab aku tahu dia sibuk. Siang malam keje tak cukup rehat.

 

 

sekadar hiasan

Aku tanya elok2, boleh tak aku nak pergi klinik dengan mak aku? Mula2 dia kata ok. Bila aku mintak rm35 untuk duit klinik, terus dia maki2 hamun dqn lempang aku min. Ya Allah sedihnya aku ni. Dia cakap aku boros duit dia dah banyak habis. Aku tak pernah pun mintak duit kat dia walaupun cuma rm1. Kalau dia nak bagi, dia bagi.. selalu dia bagi, dia amek balik. Aku tak kisah pun. 10 tahun hidup dengan dia, tak pernah aku mintak apa2. Kalau dia beli apa2 aku terima je. TAK pernah aku nak demanding sangat aku nak apa2. Sebab aku tahu dia suka mengungkit pemberian dia. Aku kecik hati sangat min.

Dulu aku keje, accountant, dia suruh berhenti, gaji aku banyak, aku nak beli apa2 untuk reward diri aku semua boleh. Handbag harga beribu pun aku mampu. Tapi bila aku dengar cakap dia, aku berhenti kerja, macam ni dia layan aku. Aku dah tak berduit. Duduk je rumah besar. Tapi seringgit pun aku takde dalam purse. Aku tak kisah semua tu asalkan dia ingat tanggungjawab dia bagi nafkah makan pakai aku dan anak2. Masalah sekarang dia yang boros, dia yang panas, aku yang kena maki. Apakah ini?? Masa shopping raya tu, banyak kali aku pesan suruh berjimat. Suruh simpan duit. Tapi dia buat tak dengar je. Dia beli kan aku kasut 6 pasang, handbag 2 bijik . Sumpah min, bukan aku yang mintak. Dia beli sebab dia suruh aku pakai macam mana yang dia nak. Aku ikut kan je. Walaupun dalam hati aku seram2 jugak takut dia mengamuk mengungkit2.

Memang betul semua jangkaan aku. Dia ni panas baran. Tapi cepat sejuk. Walaupun aku tahu nanti dia akan datang kat aku minta maaf, aku betul2 terluka sangat2 dengan perbuatan dan ayat2 yang dia cakap kat aku. Rasa macam teruk dan hina sangat jadi surirumah tak bergaji, takde duit. Kena harap kan duit dia. Dia takut nak bagi aku duit cash sebab dia taknak aku keluar rumah. Walaupun cuma pergi kedai depan rumah ni. Aku ni macam terkurung dalam sangkar emas, min. Dulu masa aku keje pernah beli kereta, dia cancel kan kereta yang aku nak beli tu, Memang takut aku keluar rumah. Selama ni aku tak pernah curang dengan dia. Dia yang curang berkali2, sampai hampir nak berkahwin lain. Tapi aku yang kena kurung macam ni? Relevant ke?? Apa yang dia takut sangat kalau aku keluar pergi kedai aku pun tak tahu lah nak oiii. Dia pergi keje, balik lambat, Dia call aku terlambat pickup pun dia tuduh aku keluar rumah bawak balik jantan masuk rumah lah bagai Astaghfirullah.. sedih nya aku min.
Tolong min, n warga krt, walaupun aku tahu, penyelesaiannya bukan kat sini, at least dpt hibur kan hati aku yang lara ni dengan komen2 mak cik pakcik bawang pun dah cukup.

Kisah rumah tangga

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!