Home / semasa / Penjawat awam takkan dibuang kerja jika BN masih memerintah, kami tak tergamak buang 17,000 orang pekerja

Penjawat awam takkan dibuang kerja jika BN masih memerintah, kami tak tergamak buang 17,000 orang pekerja

video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Penjawat awam takkan dibuang kerja jika BN masih memerintah, kami tak tergamak buang 17,000 orang pekerja | PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam kontrak termasuk guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri itu kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya.

Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook hari ini, Najib mendakwa ada penjawat awam kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)… ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST.

“Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH… ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya, ” kata wakil rakyat Parlimen Pekan itu di sini hari ini.-BERNAMA

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!