Home / sedih / Pekerja ladang warga Indonesia maut traktor dipandu dihempap pokok

Pekerja ladang warga Indonesia maut traktor dipandu dihempap pokok

Takziah buat keluarga mangsa

 

HUTAN MELINTANG – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas traktor yang dipandunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit di ladang kelapa sawit di sini petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Nuri, 42, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala selain tersepit di dalam jentera berat itu.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari rakan-rakan mangsa yang bertindak mencari lelaki itu di ladang berkenaan setelah dia tidak muncul untuk mengangkat buah kelapa sawit sejak pukul 8 pagi.

Pencarian mereka yang bermula pada pukul 3 petang itu akhirnya menemui mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat pemandu traktor berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rosli Wan Chik berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.18 petang.

“Sepasukan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Bomba terpaksa memotong pokok tersebut kepada beberapa bahagian dan mengangkatnya dari atas traktor itu menggunakan jengkaut bagi membolehkan mangsa dikeluarkan dari kenderaan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Rosli, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.35 petang,” katanya

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!