Home / sosial / Patutlah anak perempuan saya pakai seluar dalam berlapis-lapis ke sekolah, Rupanya ini yang dilakukan cikgu lelaki pada kemaluannya!

Patutlah anak perempuan saya pakai seluar dalam berlapis-lapis ke sekolah, Rupanya ini yang dilakukan cikgu lelaki pada kemaluannya!

Patutlah anak perempuan saya pakai seluar dalam berlapis-lapis ke sekolah, Rupanya ini yang dilakukan cikgu lelaki pada kemaluannya!
Patutlah anak perempuan saya pakai seluar dalam berlapis-lapis ke sekolah, Rupanya ini yang dilakukan cikgu lelaki pada kemaluannya!

Patutlah anak perempuan saya pakai seluar dalam berlapis-lapis ke sekolah, Rupanya ini yang dilakukan cikgu lelaki pada kemaluannya! | Tanda tanya wanita apabila mendapati anak perempuannya sering memakai beberapa lapis seluar dalam terjawab selepas anaknya mendakwa sering dicabul guru kelasnya sejak tahun lalu.

Mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan sering memakai lebih dari sehelai seluar dalam setiap kali ke sekolahnya di Batu Niah mengakibatkan ibu mangsa berusia 26 tahun itu curiga sebelum mangsa mendedahkan perkara itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Balai Polis Pusat Miri pada 3.30 petang kelmarin.

Menurutnya, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya sebelum laporan polis berhubung kejadian itu dibuat ibu mangsa.

“Mangsa mendakwa sering dicabul di belakang meja guru kelas dan kejadian itu sudah berlarutan ketika mangsa berusia tujuh tahun,” katanya.

Katanya, suspek kemudiannya dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Pusat Miri sebelum suspek ditahan untuk siasatan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 14 (a) dan 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

 

Pesalah pertama Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dipenjara

PUTRAJAYA, — Seorang pembantu kedai kek hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah melakukan kontak fizikal dengan memeluk dari belakang seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun, bulan lepas.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan Mohd Nazrin Rabuan, 21, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia tangkap pada 31 Julai lepas.

Tertuduh merupakan pesalah pertama di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas akta itu dikuatkuasakan tahun ini.

Dia melakukan perbuatan itu di sebuah hotel, di Bandar Puteri Puchong, Puchong, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi, pada 20 Julai lepas mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Menurut fakta kes mangsa mengenali kawan tertuduh melalui aplikasi “wechat” dan pada hari kejadian remaja perempuan itu telah mengikut kawannya dan tertuduh serta bermalam di hotel tersebut.

Pada jam 3 pagi, remaja itu menangis dan apabila dia minta dihantar pulang, tertuduh datang lalu memeluk mangsa dari belakang.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon maaf atas perbuatannya dan dia juga kesal atas kejadian itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal. — Bernama

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!