Home / hiburan / Padah makan durian berlebihan, ini yang berlaku pada kandungan isteri Black Mentor

Padah makan durian berlebihan, ini yang berlaku pada kandungan isteri Black Mentor

Padah makan durian berlebihan, ini yang berlaku pada kandungan isteri Black Mentor | KUALA LUMPUR: Gara-gara terlebih makan durian, bayi dalam kandungan isteri penyanyi, Black Hanifah, 32, dikatakan tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa.

Video petikan youtube Black bengang dato Hattan sound depan2 penonton. Baca artikel penuh dibawah

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah berkata, isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, memang penggemar raja buah.

“Seperti biasa, saya akan memanggil nama bayi kami dalam kandungan isteri dan dia pasti akan memberikan reaksi menerusi pergerakan.

“Tetapi, semalam, selepas Cira makan durian, tiada tindak balas yang diterima. Jadi, masing-masing mulalah risau. Hanya selepas kali ketiga dipanggil, barulah dia menunjukkan tindak balas.

“Jadi, kalau Cira teringin nak makan durian lagi, saya meminta dia berpada-pada. Bukan apa, bimbang juga andai perkara sama berulang,” katanya ketika ditemui pada majlis kenduri durian raya anjuran restoran Teh Tarik Place cawangan Setapak Sentral, di sini.

Tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata kedua, Black bagaimanapun enggan mendedahkan jantina mahupun nama yang sudah diberikan kepada bayi mereka.

“Insya-Allah, minggu depan Cira akan menjalani rutin pemeriksaan kandungan bagi menentukan jantina sebenar bayi. Memang kami sudah memilih nama, cuma eloklah ia dikongsi apabila sudah sah jantinanya,” kata Black.

Black berkahwin dengan Cira pada 13 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan, yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Black memberitahu, dirinya kini sibuk dengan aktiviti ceramah motivasi menerusi program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM).

Berkongsi pengalaman dengan generasi belia FELDA dan menjelajah ke beberapa sekolah di kawasan tanah rancangan berkenaan, Black menggunakan peluang terbabit untuk menyuntik semangat golongan itu maju ke depan.

“Saya baru saja dilantik sebagai duta MBM. Antara peranan saya adalah berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam bidang seni bagi memberi suntikan semangat kepada generasi ini. Saya jelaskan kepada mereka, bidang seni juga boleh menjana pendapatan.

“Ramai dalam kalangan anak muda FELDA yang memiliki bakat besar. Cuma, mereka tiada peluang untuk mengembangkannya. Jadi, apa yang saya lakukan adalah berkongsi pengalaman diri, sebagai pembuka jalan untuk mereka melangkah ke depan,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!