Home / semasa / Padah ‘henjut’ adik ipar sampai mengandung

Padah ‘henjut’ adik ipar sampai mengandung

Padah 'henjut' adik ipar sampai mengandung
Padah ‘henjut’ adik ipar sampai mengandung

Balasan ‘henjut’ adik ipar sampai mengandung | BURUH dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terenggangu, hari ini kerana merogol adik iparnya sehingga mengandung.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh, 42, dari Batu Buruk, Kuala Terengganu mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di sebuah rumah di Batu Buruk antara 2 petang hingga 3 petang pada 24 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan tidak kurang 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli.

kes rogol adik ipar bukanlah kes yang baru malahan sering berlaku pada masyarakat kita hari ini namun masih ramai yang tidak ambil perhatian dibawah merupakan kes kedua rogol adik ipar

ALOR SETAR: Seorang penjual dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini kerana merogol adik iparnya yang berusia 13 tahun.

Hakim Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, berusia 23 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Tertuduh dituduh melakukan persetubuhan haram dengan mangsa di dalam sebuah kereta jenis Toyota Sienta di kawasan hutan berhampiran jalan ke Istana Bukit Malut, Langkawi pada 5 Januari lalu, kira-kira jam 6 petang.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan..

Hakim menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 11 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur melakukan pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Tertuduh juga merayu supaya dikenakan hukuman ringan atas alasan mempunyai tanggungan seorang anak dan isteri.

Bagaimanapun, Rehab berhujah supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira kekerapan berlakunya kes sumbang mahram dalam masyarakat.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!