Home / kisah / nilah balasan atas dosa z1naku-isteri meninggal dunia ketika aku sangat memerlukannya

nilah balasan atas dosa z1naku-isteri meninggal dunia ketika aku sangat memerlukannya

Allahuakbar dengan badan terketar2 sampai di hospital jenazah isteriku sudah ditutup kain kapan Ya Allah aku meraung sekuat hati Allahuakbar

 

 

 

 

Asalamualaikum, mohon admin hide kan profil aku, aku berumah tangga selama 5 tahun, isteriku dulu seorang yang kaya lagi cantik, aku pula anak yatim piatu, aku miskin, aku jumpa isteri aku di tempat kerja, aku kerja sebagai makenik, isteri aku pula bekerja di syarikat bapanya.. isteri nak servise kereta masa tu, aku buat kan, aku tak sangka kami boleh bercinta, di pendek kan cerita, aku yang ayat dlu. Pertama sekadar bergurau, namun tak sangka kami di tahap serius..
2 tahun bercinta senyap2. Tiba2 isteri aku cakap ayahnya jodoh kan isteri aku dengan anak orang kaya, aku cakap pada isteri, terima sajalah sebab aku ni bukan siapa2. Hanya orang yang miskin lagi hina, aku tak mampu beri apa2 pada dia, beza aku dan anak orang kaya itu bagaikan langit dan bumi, aku sedar aku siapa. Namun isteri aku cakap dia sangup bersusah senang dengan aku, dia ajak aku jumpa ayah dia..

Pada keesokkan harinya. Aku berjumpa ayah isteriku, aku menyatakan kalau aku ingin memperisterikan anaknya. Namun aku dijadikan bahan jenaka. Aku di hina, aku dibuat macam sampah yang tidak punya harga diri. Aku merayu kalau aku mampu jaga anak dia. Mak isteri aku cakap mampu macam mana. Barang make up isteri aku sebulan rm1k belum lagi baju, beg tangan dan makanan isteri aku. Isteri aku tak biasa makan benda murah.. namun isteri aku menangis2 katanya dia sangup untuk hidup bersama aku.. Ayah isteri ku cakap. Kalau isteriku mahu berkahwin dengan aku, boleh tapi harta isteri aku tak akan dapat.. harta hanya akan diberikan kepada anak kami, dan aku tak boleh sentuh harta anak kami.. jadi selepas kawin, ayah isteriku tidak akan berikan isteriku duit walau satu sen. Dan harta isteri semua disita dan anak dieberikan pada anak kami nanti. Isteriku setuju, mak isteriku membantah namun tetap menerima keputusan suaminya..

Kisah bermula lepas kami bernikah, isteriku tinggal dengan aku. Pertama kali kami tinggal hanya dibilik yang kecil, memang ini saja yang aku mampu, kadang kadang kami hanya makan nasi berlauk ikan bilis dan telur sahaja, namun semakin lama, rezeki melimpah ruah, isteri aku diterima bekerja sebagai nurse.. dengan gaji isteriku itulah kami hidup. Dan dengan simpanan isteri, aku mampu buka bangkel sendiri, maki hari aku makin ramai pelanggan, Alhamdulillah, akhirnya kami mampu beli rumah, dan kereta.. hidup kami dah kira senang..

Tapi sampai saat ini kami belum dikurniakan anak, lama kelamaan aku mula bosan, isteri aku pula kerja tak tentu masa, kadang aku kerja isteri dirumah, bila aku call wasap, lambat bls sebab sibuk katanya.. kadang aku dirumah isteri pula kerja, makin lama kami makin menjauh, sampai satu tahap, aku mula kenal dengan seseorang di we chat. Hanya dia lah tempat aku meluah rasa, meluah bosan, pernah sekali isteriku kursus selama seminggu, aku bosan yang teramat, aku jumpa kenalan we chat aku itu, dan kami terlanjur, aku rasa menyesal sangat. Tapi apa Kan daya, aku terlalu bosan..

Kenalan we chat ku itu pula adalah isteri orang, aku tau aku salah, tapi aku terlalu bosan dan mengharapkan belaian seorang wanita, selepas wanita itu, aku kenal dengan wanita lain pula, aku tau aku salah, tapi aku makin ketagih, aku terlanjur dengan ramai wanita, baru2 ini, aku nak pergi derma darah, darah aku tak diterima, bila cek Allahuakbar aku di sah kan dijangkiti virus hiv. Saat itu badan aku terketar2. Aku mula fikir pasal isteriku, isteriku tengah kerja. Aku call isteriku tapi tak jawab.

Sepatutnya isteriku balik pukul 11 malam. Tapi sudah pukul 2 isteriku tak pulang.. Aku call kawan2 kata kawan isteriku Kalau isteriku sudah pulang Aku makin buntu, isteriku dimana.. sampai keesokan pagi isteriku tak pulang. Tiba2 bapa mertua call. Isteriku kemalangan jalan raya, Allahuakbar dengan badan terketar2 sampai di hospital jenazah isteriku sudah ditutup kain kapan Ya Allah aku meraung sekuat hati Allahuakbar. Masa tu juga aku terkenangkan saat2 indah bersama isteriku. Aku terkenangkan kekejaman ku padanya.. yang paling aku tak tahan Bila doktor cakap Isteriku di sah kan hamil dan 5 minggu Ya Allah, aku tak tahan. Aku rasa nak ikut isteriku sekali..

Sayang, maafkan abang, abang tahu abang jahat pada sayang. Sayang tak tahu apa yang abang buat pada sayang. Maafkan abang sayang.. umur abang pun dah tak panjang. Tunggu abang ya sayang.. doakan saya terus kuat min. Dan doakan isteri saya agar menjadi penghuni syurga..

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!