Home / sosial / Nak ‘main’ bini saya sejam RM300 – Suami

Nak ‘main’ bini saya sejam RM300 – Suami

Nak ‘main’ bini saya sejam RM300 – Suami  | Gara-gara tertekan dengan masalah kewangan, suami beranak 3 sanggup membiarkan isterinya melacurkan diri di hotel bertaraf lima bintang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Pengakuan lelaki berkenaan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas isterinya, 33 tahun, ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Putrajaya beberapa hari lalu, lapor Harian Metro.

“Ketika dalam tahanan Jawi, kami memanggil suaminya untuk keterangan dan amat mengejutkan apabila suaminya sendiri merelakan pekerjaan songsang isterinya itu dengan alasan ingin menampung masalah kewangan.

“Lelaki itu memaklumkan dia mengetahui pekerjaan sambilan isterinya dan tidak menentang, malah akur dengan keadaan itu akibat kesempitan wang,” kata Wan Jaapar Wan Ahmad, ketua penolong pengarah kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Beliau dilaporkan berkata wanita tersebut mengenakan bayaran RM300 bagi tempoh sejam dan ribuan ringgit berjaya diperoleh hasil kegiatan haram itu.

Wanita tersebut ditahan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali.

Wan Jaapar juga dilaporkan berkata siasatan jabatannya mendapati wanita ini mempunyai pekerjaan tetap tetapi gajinya tidak mencukupi sebelum mencari pendapatan sampingan dengan melacur.

Akhbar itu juga melaporkan wanita itu menggunakan aplikasi mesej dan panggilan WeChat khas untuk mengiklan khidmat seks yang dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu.

Suami jual isteri memang tak boleh dibairakan ini pula kes kedua suami jual isteri semoga anda mendapat suami yang soleh

Tanggungjawab seorang suami yang paling utama ialah melayan isteri dengan penuh kebaikan. Seorang suami wajib melindungi isteri dan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan di berikan nafkah zahir dan batin yang secukupnya.

Muna Liza yang mempunyai sebuah rumah perlindungan yang bernama Baitus Solehah telah berkongsi kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita. Berikut merupakan kisah yang di ceritakan oleh beliau.

( Peringatan: jangan kata saya aibkan orang buat skrin shot perbualan berdua. Di sini tidak ada identiti siapa di dedahkan. Saya nak tunjuk bukti, saya bukan menulis cerita fiksyen.

Ini adalah realiti kehidupan hari ini. Jadikan iktibar, miskin macamana pun jangan jahil agama, sanggup gadai maruah anak isteri kerana nak cari makan.

Dan tak payah kita kutuk berlebihan suaminya. Dia pun tak mampu berbuat apa apa. Anak anak masih kecil, suami sakit. Kita doakan mereka semua dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah. )

Sejak minggu lepas, daftar masuk pelatih baru. Pagi semalam, seawal jam 7:00 sudah ada yang daftar masuk. Petang pun ada seorang lagi.

Kesebukan membatas untuk saya menulis. Ada berbagai kisah ngeri yang mereka bawa.Kisah emak yang dijual oleh bapa kerana desakan hidup. Bapa sakit tidak mampu bekerja tergamak menjual maruah isteri. Anak anak makin membesar. Perlukan duit untuk makan pakai.

Maka bapa ambik jalan mudah dengan jual maruah isteri di dalam rumah sendiri.Pelanggan datang. Suami masuk bilik sebelah, isteri bersama pelanggan bilik sebelah. Anak anak bapa jaga, suruh mereka bermain main dalam bilik aja.

Suami tebuk lubang untuk tengok apa isteri dan pelanggan buat.Bayaran yang dikenakan untuk beli makanan dan kelangsungan hidup.

Jika ringan ringan bayaran RM 30.00

Jika berat bayaran RM 70.00

Saya yang bodoh bertanya, “yang ringan tu macamana, yang berat macamana?”

“Yang ringan tu main atas saja, tak boleh masuk. Yang berat boleh masuk tapi pancut luar. ”

Saya yang dengar terkasima. Tak terkata apa apa.

Jahil dan terdesaknya hidup.

Benar , kemiskinan boleh membawa kekufuran.Kerana miskinnya hidup boleh membuat seseorang itu tidak beriman. Tidak lagi ada keyakinan mencari rezeki secara halal.

Maka anak anak diberikan makan dari sumber rezeki ini.

Sekarang kisah itu terpantul kepada kedua dua anak perempuan yang diberikan makan dari sumber rezeki itu. Selain ketagihan dadah, dipayungi oleh token, terlibat dalam aktiviti seks rambang. Sebab itu bila mengandung tidak tahu siapa punya sperma yang tersenyawa.

Alhamdulillah, sejak tinggal di sini, remaja bawah umur ini menjadi seorang yang lembut dan mendengar kata. Rajin belajar dan tidak membantah apa apa peraturan di sini. Hari hari saya berdoa moga Allah mengurniakan dia taufik dan hidayah dan berubah menjadi perempuan yang baik.

Dia bercita cita mahu menjaga anak sendiri dan terus tinggal di sini untuk mendalami ilmu agama. Pada mula datang, dia meminta diajar mandi wajib. Kini rajin belajar iqra 1. Belajar dari asas.

Datang pun sehelai sepinggang tanpa membawa apa apa kecuali kad pengenalan.Kasih sayang Allah membawa dia ke Baitus Solehah tanpa dia sendiri tahu. Itulah yang Allah takdirkan perjalanan hidupnya.

Ummi yang menulis, Muna liza binti Ismail

bagai wanita yang masih bujang atau ingin mencari calon suami menurut islam baca artikel penuh dibawah

Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.

Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”

Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:

1. Berkemampuan

Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :

“Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Tidak Dayus

Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Baik

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Tidak Membebankan

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri untuk mengambil kesempatan dan membil lewakan layanannya kepada suami.

5. Mempercayai Isteri

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.

6. Bertanggungjawab

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.

Allah سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang semaksima mungkin.

Namun begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya (Rasulullah ﷺ) dalam menegakkan agama suci, Islam.

Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”

Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾

“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.”

(Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)

7. Mudah Memaafkan

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ﷺ ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Apa yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

…إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)

Syarat bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak. Inilah ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak mengikut lunas-lunas syarak.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!