Home / politik / Mungkin inilah sebab Siti Hasmah dilarang pakai tudung….akal mendahului hukum

Mungkin inilah sebab Siti Hasmah dilarang pakai tudung….akal mendahului hukum

Mungkin inilah sebab Siti Hasmah dilarang pakai tudung….akal mendahului hukum

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengecam pihak yang berpendapat beliau tidak layak jadi Perdana Menteri kerana pemikiran Islamnya dianggap tidak betul.

Mahathir menuduh pihak terbabit menganggap demikianl hanya kerana pemikiran agamanya tidak berasaskan Almarhum Datuk Dr. Harun Din dan lebih mengutamakan akal fikiran.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu merujuk kepada kisah Nabi Yusuf dan wanita bernama Zulaikha bagi menunjukkan mengapa kepentingan akal mustahak untuk umat Islam menilai cara hidup dalam Islam.

Dakwa Mahathir, kisah Nabi Yusuf itu jelas menunjukkan keperluan empat orang saksi bagi membuktikan tuduhan zina atau qazaf keatas mana-mana individu dalam Islam sebenarnya tidak selalunya perlu.

“Dalam Surah Yusuf, terkoyaknya baju Yusuf disebelah belakang diterima dalam Quran sebagai bukti yang mengejar ialah Zulaikha dan bukan Yusuf seperti yang didakwa oleh Zulaikha.

“Apakah pengajaran bagi orang Islam dalam cerita Yusuf dengan Zulaikha. Yang jelas ialah empat orang saksi tidak selalu perlu. Hanya kerana baju Yusuf koyak dari belakang, maka ini diterima sebagai bukti bahawa yang mengejar ialah Zulaikha.

“Terpulanglah kepada orang Islam mengguna akal fikiran untuk mendapat panduan dirinya,” katanya di laman blognya hari ini.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun bercanggah dengan firman Allah S.W.T Surah An-Nur:4:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik”

Terdahulu Mahathir berkata, al-Quran banyak menyebut tentang kepentingan menggunakan akal fikiran, malah mendakwa tidak disebut dalam al-Quran umat Islam perlu menerima semua pendapat daripada pakar (ulama) Islam.

Dakwa beliau, hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam dan mengamal sunnah adalah baik, tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa.

Malah, katanya, tidak ada larangan jika diutamakan al-Quran apabila ada kelainan antara hadis dengan al-Quran.

Beliau mendakwa periwayat hadis, Imam Muhammad Ismail Al Bukhari atau Imam Al-Bukhar mengkaji hadis dan mengesahkan 593,000 tidak sahih.

Dakwa beliau lagi, pendapat Tarmizi Muslim dan lain-lain pengkaji juga demikian walau ada yang tidak sama yang disahkan oleh seorang dan tidak oleh pengkaji lain.

“Mereka ini adalah manusia biasa dengan kelemahan-kelemahan manusia,” dakwa Mahathir.

Sehubungan itu, beliau membidas hudud PAS yang didakwa mengutamakan empat saksi dan hukuman yang terberat, termasuk rejam dengan batu dan pancung kepala.

Dakwa beliau, seorang wanita akan dihukum sebat jika melaporkan dirinya dirogol kerana tidak ada empat saksi yang tidak menanggung dosa besar berdasarkan hudud PAS.

Dakwa beliau lagi, berdasarkan hudud PAS, jika wanita itu mengandung dan lahir anak maka ia akan dituduh berzina dan dihukum rejam dengan batu oleh orang ramai sampai mati.

“Perogol walaupun dikenali oleh mangsanya tidak akan didapati bersalah dan akan bebas dari sebarang tuduhan.

“Adilkah apabila mangsa dihukum dan pencabul bebas dari dituduh kerana tidak ada empat saksi. Jika dianggap tidak adil, maka ia tidak Islam. Islam tidak zalim.

“Tetapi inilah hudud PAS. Ternampak terlalu ghairah untuk menunjuk betapa kuatnya pegangan mereka kepada kononnya ajaran Islam. Dengan ini Islam mendapat imej yang amat buruk,” dakwanya.

Beliau turut mengecam hudud PAS akan memotong tangan umat Islam sahaja kerana mencuri, manakala bukan Islam hanya dipenjara dua bulan.

“Dalam masyarakat berbilang agama di Malaysia, adilkah perbezaan hukum ini? Pendapat saya yang kerdil ini, hukuman ini tidak adil. Oleh kerana ia tidak adil maka ia bukan Islam. Ia hudud PAS,” dakwa Mahathir.- MYNEWSHUB

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!