Home / politik / Mohon derma pada orang ramai bayar hutang negara, Ini kenyataan pedas Sultan

Mohon derma pada orang ramai bayar hutang negara, Ini kenyataan pedas Sultan

Perdana menteri mengumumkan pembentukan tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen Langkawi berkata, ramai rakyat tahu berkaitan kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan sanggup menderma kepada kerajaan.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

“Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” katanya.Pemimpin kerajaan turut menyalahkan pentadbiran lama yang didakwa terlalu bergantung kepada China dan terpalit dalam skandal 1MDB.

 

DALAM ARTIKEL BERLAINAN PAKATAN MEMAKLUMKAN BAHAWA NAJIB MENINGGALKAN HUTANG SEBANYAK 1 TRILLION YANG TERPAKSA KERAJAAN PAKATAN BAYARKAN

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata hutang negara mencecah RM1 trillion adalah berpunca daripada projek mega kerajaan terdahulu yang tidak telus dan dimasukkan ke dalam bajet negara.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat daripada pasukan Unit Perancang Ekonomi, komponen penting dalam kementerian baru itu di Pejabat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, di Putrajaya, ini.

“Kos (RM1 trillion) ini memberi kejutan kepada pentadbiran baru, tetapi hal ini turut dibincangkan pagi ini dan kita harus lihat maklumat terperinci mengenai apa yang menyumbang kepada hutang besar hampir RM1 trillion itu.

“Sebahagiannya ialah kerana proses (kewangan kerajaan) tidak terbuka, telus dan kebanyakan projek tidak dimasukkan ke dalam perbelanjaan dan bukan di bawah belanjawan negara,” katanya pada sidang media, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah segera perlu diambil kerajaan kerana hutang negara telah mencecah angka RM1 trillion berbanding hanya tidak melebihi RM300 billion semasa pentadbiran beliau daripada 1981 hingga 2003.

Justeru, Azmin berkata, beliau akan menyemak projek mega seperti Projek Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Rel Kelajuan Tinggi (HSR) selaras dengan manifesto Pakatan Harapan untuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Kami akan menyemak dan merunding semula terma projek berkenaan.

“Tetapi jika ia masih belum dilaksanakan, kita akan fokus kepada projek yang akan berikan kesan langsung kepada rakyat seperti soal infrastruktur asas di kawasan kampung, saluran elektrik dan bekalan air,” katanya.

Sementara itu, Azmin masih berteka-teki berhubung individu bakal menggantikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah akan mengumumkan keputusan dalam masa beberapa minggu lagi

KENYATAAN PEDAS SULTAN MELAKA MEMBUATKAN RAMAI PENYOKONG BN PANAS PUNGGUNG

seperti kebiasaan Sultan paling berani di malaysia iaitu Sultan Melaka terus mengecam tindakan najib dan penyokong tegar BN diatas apa yang berlaku selama ini berpunca daripada mereka.

ini kenyataan penuh beliau yang membuatkan penyokong BN panas punggung

antara reaksi daripada netizen yang komen status Sultan Melaka tersebut

FaeZah IZwande Banyak betoi budak budak Umno tu sakit hati dengan tabung harapan dan taja piala dunia ni. Takde pulak diaorg sakit hati tengok beg birkin 284 biji dan duit beratus juta Rosmah dan Najib tu.Yang untuk rakyat dan Malaysia di marahkan, yg Najib dan Rosmah songlap elok jer setuju.

Mohamad Hanis Kerajaan tidak meminta DERMA “Tapi: Rakyat PRIHATIN YG MINTA TABUNG HARAPAN MALAYSIA ini diwujudkn demi utk meringgankan HUTANG NEGARA”Yang tak nak MENDERMA ingat..kami tak paksa anda

Ahmad Yaman Entah ape2 lah kerajaan PH ni..invest lah dgn bende lain..ini tak bola jugak die bagi kat rakyat..kami nak louis vitton, kami nak hermes birkin..kami nak emas berketol2..kami nak peti besi dlm rumah..dan kami nak cokelat..itu pun tun tak paham ke??

Muhammad Amir Amirul Bodoh Macai ameno ni, gst 6% dulu Jibby buat ape dgn duit tu? Baru buat tabung kutip derma cai ameno dah meroyan..bukan paksa kau bayar pon..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!