Home / semasa / Misteri kehilangan Musa Aman terjawab selepas tindakan diburu hingga ke lubang cacing diumumkan!

Misteri kehilangan Musa Aman terjawab selepas tindakan diburu hingga ke lubang cacing diumumkan!

Misteri kehilangan Musa Aman terjawab selepas tindakan diburu hingga ke lubang cacing diumumkan! | KOTA KINABALU – Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman kini mendapatkan rawatan perubatan dan tidak melakukan perjalanan ke luar negara secara tidak sah.

Tanpa memberitahu apakah yang dihidapi dan di mana beliau mendapatkan rawatan, peguamnya Zahir Shah berkata Musa dinasihatkan oleh doktor peribadinya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang telah lama dihidapinya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Tan Sri Musa ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan perjalanan meninggalkan negara secara tidak sah dan ingin menjelaskan bahawa perjalanannya sentiasa melalui saluran imigresen.

Beliau (Musa) mengulangi bahawa beliau sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan akan terus berbuat demikian untuk membantu pihak berkuasa asalkan ia dilaksanakan dengan adil dan mematuhi undang-undang,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Zahir berkata Musa akan kembali ke Sabah sebaik sahaja rawatan perubatannya selesai dan doktor beliau berpuas hati dengan keadaan kesihatannya secara keseluruhan.

Peguam itu membuat kenyataan tersebut selepas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberi amaran hari ini kepada Musa bahawa tindakan akan diambil jika pengerusi Barisan Nasional Sabah itu meninggalkan negara secara menyalahi undang-undang.

Polis telah cuba untuk merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri itu bagi menyiasat aduan yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kepada polis pada 19 Mei dipercayai berhubung ugutan jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata polis percaya Musa telah meninggalkan Sabah sejak 14 Mei.

— BERNAMA

SEBELUM INI MUSA AMAN DAN JAMAL YUNOS DIKATAKAN LARI KELUAR NEGARA SECARA HARAM

PUTRAJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dipercayai telah lari ke luar negara tanpa mengikut saluran yang sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengesahkan tiada sebarang rekod yang menunjukkan kedua-dua individu itu telah keluar dari negara ini dan mereka juga telah disenarai hitam.

“Tiada rekod menunjukkan mereka keluar, kalau mereka keluar negara tanpa guna saluran yang betul mereka telah menyalahi peraturan dan undang-undang,” katanya ketika bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustafar berkata, perbuatan tersebut menyalahi Seksyen 2 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 5 Akta Imigresen 1959 dan 1963 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama lima tahun.

Beberapa hari lalu, gambar Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman tular di laman sosial yang mengatakan beliau kini berada di London.

Musa kini diperlukan pihak berkuasa berhubung laporan polis yang dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah baru-baru ini.

Berdasarkan rekod sebelum ini, Musa hanya dikesan berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo Air pada pukul 9 pagi 14 Mei lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Beliau dikatakan menghadiri satu mesyuarat UMNO dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan Jamal yang dipercayai telah meloloskan diri ke Tanjung Balai, Karimun Besar, Indonesia, dua hari selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada hari Jumaat.

Kelmarin, Jamal menerusi satu rakaman video berdurasi hampir lapan minit yang diedarkan kepada media mendakwa terdapat usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu yang berkuasa mengarahkan pihak polis untuk mengenakan beliau dalam apa jua keadaan walaupun pihak polis memberi jaminan bahawa beliau cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi jaminan polis. – K! ONLINE

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!